Sukan

Belasungkawa Johan Cruyff

Bekas pemain bolasepak Belanda, Johan Cruyff meninggal dunia pada 24 Mac, 2016 akibat kanser paru-paru.

Beliau dianggap pemain terhebat untuk menyarung jersi pasukan Oranje setelah digelar Ballon d’Or sebanyak tiga kali dalam kariernya.

JohanCruyffBarca

Nama Cruyff diangkat seperti nama Pele dan Diego Maradona pada tahun 1970an dan menjadi pemain pujaan bersama Ajax Amsterdan dan FC Barcelona.

“Pada 24 Mac 2016, Johan Cruyff (68) menghembus nafas terakhirnya di Barcelona sambil dikelilingi keluarganya selepas berjuang lama untuk memerangi kanser. Ia merupakan satu kehilangan besar dan kami meminta anda menghormati pricasi keluarga pada waktu yang menyedihkan.” menurut kenyataan laman web worldofjohancruyff.com

JohanCruyffNed

Cruyff mengetuai jentera serangan Belanda dalam perjalanan mereka ke perlawanan final Piala Dunia 1974.

Selain itu, Cruyff juga dikenali sebagai pengasas konsep ‘Total Football’, iaitu penguasaan perlawanan menerusi pengawalan bola yang lebih dikenali sebagai ‘Tiki-Taka’ pada zaman ini.

Dalam mata orang ramai, Cruyff merupakan pemain paling handal yang tidak pernah menjulang Piala Dunia. Bagaimanapun, perang dia bersama kapten Jerman, Franz Beckenbauer adalah satu persaingan yang ikonik.

Sumber: http://www.espnfcasia.com/netherlands/story/2835923/netherlands-great-johan-cruyff-legend-dies-aged-68

Tags
Show More

Related Articles