AntarabangsaHiburan

Anda Dibenarkan Menonton Drama Korea Dalam Kelas Di Sebuah Universiti Singapura

Menarik?

Ya! Pasti semua yang suka menonton drama Korea teruja untuk hadir di dalam kelas ini.

Kenapa dibenarkan?

Sebenarnya ia sebuah kursus yang ditawarkan di Nanyang Technological University (NTU).

Kursus apa ni?

Kursus bertajuk ‘Korean wave’ ini adalah kursus untuk mempelajari budaya K-pop yang telah menjadi fenomena sehingga ke luar negara Korea Selatan itu sendiri. Kursus ini telah ditawarkan sejak 2014.

Kursus seperti ini bukan sahaja wujud di NTU tetapi juga di Singapore Management University. Manakala di National University of Singapore (NUS), mereka mengadakan program mengenal budaya K-pop semasa cuti musim panas.

Pasti para K-popers boleh score dengan jayanya jika ikut kursus ini di Universiti. Ye tak?
Walau bagaimanapun, kursus ini juga mencabar kerana perlu ada bacaan ilmiah dan peperiksaannya juga bukan mudah.
Mereka perlu faham dan mengenal sejarah, politik, nilai ekonomi dan konteks sosial bagaimana budaya yang sangat popular ini boleh diterbit, diedarkan dan diterima oleh hampir seluruh dunia.

Ia bukannya kursus di mana anda perlu mengenal dan tahu setiap nama ahli kumpulan K-pop yang wujud. Mereka perlu belajar dan menganalisis secara teori dan berdasarkan konsep akademik.

Perbincangan di kelas juga berkisar tentang bagaimana strategi pemasaran agensi bakat Korea ini dalam menghasilkan sebuah evolusi dan menjadikan K-pop sebuah fenomena.

Menurut seorang pembantu Professor di NTU, Liew Kai Khiun, 43, telah memutuskan untuk mendedikasikan diri terhadap kursus Korean wave ini kerana baginya terdapat nilai yang berkesan terhadap penjanaan “soft power” pelajar yang disebabkan oleh industri hiburan Korea. Katanya ini sangat diperlukan terutamanya kepada negara kecil seperti Singapura yang memerlukan nilai kelembutan untuk kebaikan.

Dr Liew, berkata ini kerana daripada usia muda, pelajar Singapura dididik bahawa ketenteraan dan kekuatan ekonomi adalah kekuatan supaya negara terus maju. Walaupun perkara ini tidak dapat dinafikan, ianya lebih sihat untuk jika mempunyai perasaan cinta seperti yang terdapat pada orang Korea daripada menyebarkan ketakutan pada jiwa rakyat.

“Saya harap kursus Korean Wave ini boleh membuat pelajar Singapura lebih kreatif dan menghasilkan projek menggunakan kelebihan ‘soft power’ (kekuatan kelembutan) daripada sumber budaya yang dipelajari” – Dr. Liew Kai Khiun

Sumber: http://www.straitstimes.com/lifestyle/entertainment/these-students-watch-korean-dramas-and-movies-in-class?utm_campaign=Echobox&utm_medium=Social&utm_source=Facebook&link_time=1458696067#xtor=CS1-10

Tags
Show More

Related Articles