Gaya HidupKesihatan

7 Perkara Yang Anda Tidak Sangka Ini Menjadi Punca Anda Cepat Penat

Pernahkan anda mempersoalkan diri anda tentang apakah sebab-sebab sebenar di sebalik perasaan letih yang anda sering alami tiap-tiap hari? Jangan risau! Berikut adalah antara punca yang telah merampas stamina anda selama ini!

1. Meja Anda Yang Berselerak

messy-desk

Apabila anda dikeliling timbunan kertas-kertas kerja dan sampah – samada di atas meja kerja anda ataupun di dalam rumah – ia akan membuatkan otak anda penat. Semakin berselerak dan semak persekitaran anda, semakin susah untuk otak anda fokus, dan ini akan menyebabkan ia menjadi penat dari masa ke masa. Dapur yang berselerak juga termasuk dalam teori ini.

2. Minum Minuman Bertenaga

26195A8000000578-2969367-image-a-37_1424910505511
“Eh. Bukan minuman ni sepatutnya buat anda lagi bertenaga ke?”. Kenyataan ini agak sikit meleset. Hal ini kerana, minuman seperti ini mengandungi jumlah gula yang sangat tinggi. Satu kajian daripada Australia mendapati bahawa minuman bergula boleh memberi kesan kepada kawasan otak yang mengawal tingkah laku emosi dan fungsi kognitif, dan mungkin akan merosakkan otak anda sebagaimana tekanan yang melampau akan lakukan.

3. Cara Anda Berjalan

03-7-daily-energy-habits-walking

Postur badan boleh mempunyai kesan secara langsung ke atas stamina kami, serta perasaan kita. “Apa yang kami cuba katakan ialah jika anda mula mengintegrasikan lebih pergerakan badan ke dalam kehidupan harian anda, tahap tenaga anda kekal lebih tinggi dan kualiti hidup anda juga akan menjadi lebih baik,” kata ketua penyelidik Erik Peper, PhD, seorang profesor di Universiti San Francisco.

4. Tidak Mempunyai Kuantiti H2O Yang Cukup

beautiful woman drinks water from a glass and shows delicious

Satu kajian telah dijalankan oleh peyelidik dari Makmal Prestasi Manusia, Universiti Connecticut dimana mereka mendapati bahawa dehidrasi ringan menyebabkan sakit kepala dan keletihan. Selain itu, dikalangan wanita pula, akan mengalami kesukaran untuk menumpukan perhatian dan kesukaran dengan tugas-tugas mental, terutama dalam bidang kewaspadaan dan ingatan kerja. Dehidrasi ringan boleh mengganggu lain-lain jenis aktiviti harian.

5. Kekurangan Vitamin B Dan Kombo mineral

05-7-daily-energy-habits-b-vitamins
Satu kajian yang dijalankan di Pusat Perubatan Universiti Rush mendapati bahawa orang yang mempunyai tahap vitamin B12 yang rendah berkemungkinan mempunyai isipadu otak yang lebih rendah dan mempunyai masalah dengan kemahiran pemikiran mereka, manakala terbitan dalam jurnal Neuron menunjukkan bahawa meningkatkan pengambilan magnesium boleh meningkatkan kuasa otak dengan meningkatkan pembelajaran dan ingatan.

6. Bersenam Terlalu Kuat

06-7-daily-energy-habits-workout

Penyelidik dari Universiti Texas A & M menyatakan bahawa bersenam secara berlebihan boleh menyebabkan hormon yang dihasilkan dalam kelenjar adrenal untuk menjadi berkurangan dan menyebabkan keletihan, membuat badan tidak dapat mengendalikan tekanan fizikal, mental, atau emosi. Satu lagi kajian yang dijalankan di Universiti Butler mendapati bahawa senaman berlebihan boleh menyebabkan peningkatan keletihan otot, corak tidur yang terganggu, kemurungan, dan kerengsaan.

7. Orang-Orang Disekeliling Anda

business-people-around-computer1

“Berkawan dengan sesetengah orang boleh membuatkan anda penat,” kata Dr Teitelbaum. Rakan-rakan yang “menyerap” tenaga anda ini akan membuatkan emosi anda berasa lemah setelah berinteraksi dengan mereka. “Oleh itu, sekiranya berada disekeliling orang seperti ini membuatkan anda rasa tidak selesa, biasakan diri untuk kata “tidak” dan buka “ya”.” Katanya lagi.

Sumber: http://www.rd.com/health/wellness/no-energy/

Show More

Related Articles