Teknologi

Pernah Terfikir Tak Apakah Maksud Simbol Di Belakang iPhone?

Kebanyakan daripada kita tak kisah pun dengan benda ni tapi mungkin ada yang pernah tertanya-tanya apa maksud dia kan?

Logo FC

Seperti yang kita lihat pada belakang iPhone yang tertera di belakang ialah seperti huruf “F” dan “C”. Simbol ini menunjukkan iPhone adalah sebuah peranti yang telah diiktiraf oleh Federal Communications Commisions (FCC).

Apa itu FCC ? Ia merupakan sebuah lembaga di Amerika Syarikat yang mengatur segala peranti yang menggunakan alat telekomunikasi radio. Jika sesebuah peranti itu telah diluluskan oleh FCC, ia bermakna ianya telah diuji dan selamat digunakan serta tiada kesan yang bahaya akan terjadi sekiranya digunakan secara normal. (Seperti di Malaysia ada SIRIM)

Logo Tong Sampah

Sebuah tong sampah yang dengan tanda pangkah adalah untuk  memberi peringatan kepada pengguna untuk tidak membuang peranti ini bersama-sama dengan sampah yang lain. Ianya sangat penting bagi pihak syarikat Apple. Oleh itu jika anda hendak membuang telefon anda, anda perlu ke tempat pembuangan yang khas.

Simbol ini juga adalah logo daripada WEEE (Waste Electrical and Electronic Equipment), yang merupakan badan dari pelbagai negara di Eropah yang bergerak untuk membuang jumlah sampah elektronik.

Simbol “CE” dan “0682”

Kedua simbol ini berasal dari negara Eropah, di mana kedua-duanya merupakan simbol yang menandakan peranti iPhone ini telah diluluskan dan dipersetujui. Angka 0682” adalah dari “Cetecom ICT Services“. Ia merupakan sebuah firma akreditasi dari Jerman yang telah menguji kelayakan iPhone. Sedangkan “CE” merupakan singkatan dari Conformité Européenne yang menyatakan telefon tersebut telah mendapat persetujuan Uni-Eropa untuk mengedarkan iPhone di benua tersebut.

Simbol Tanda Seru berada di dalam Bulatan

Simbol atau logo tersebut adalah sebagai penanda perisian ini merupakan perisian tanpa wayar Kelas II, di mana itu merupakan hal yang terpenting bagi pengguna yang ada di luar Amerika Syarikat. Kerana bukan semua pita frekuensi boleh digunakan dimana-mana.

Sumber: teknopoin.com

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker