Sukan

Man City Harap Pep Dapat Pujuk Messi

Siapa tidak kenal dengan Lionel Messi? Pemain status bintang itu telah menjadi ikon di pangkuan FC Barcelona dan ada yang menganggapnya sebagai ‘Pemain Terbaik Bolasepak Dalam Sejarah’.

Sudah berpuluh-puluh kali Messi menyuarakan kesetiaannya terhadap Barca. Jadi apakah cara terbaik untuk memujuk pemain lincah Argentina itu ke Stadium Etihad, sekiranya diberi peluang?

Bawah kendalian Pep Guardiola, Barcelona mencapai kejayaan yang amat mengagumkan. Hubungan Pep dan Messi juga ibarat bapa dan anak pada satu ketika.

Kini, Pep akan mengambil alih pasukan Liga Perdana Inggeris, Manchester City bermula 1 Julai. Menurut laporan, juara EPL dua kali itu mahu membawa masuk sekurang-kurangnya 4 atau 5 pemain bertaraf dunia.

Adakah hasrat Man City itu sekadar angan-angan? Atau mereka benar-benar berminat untuk menanggung kos yang bakal memecah rekod pembayaran terkini?

Apa yang pasti, kami perlulah menikmati kancah bola sepak Eropah kerana kami menyaksikannya pada era Lionel Messi.

Sumber: http://www.espnfcasia.com/story/2835259/man-city-hope-pep-guardiola-can-attact-lionel-messi–reports

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker