SukanTempatan

Malaysia Pro Wrestling: Arena gusti tempatan

Tidak dinafikan, rancangan gusti WWE (orang lama panggil WWF) boleh dianggap satu kebudayaan di Malaysia. Siapa tidak kenal dengan Stone Cold Steve Austin, The Rock, Tiple H dan Undertaker?

MYPW2

Namun tahukah anda, wujudnya satu arena gusti tempatan di pertengahan Kuala Lumpur? Layari laman Facebook rasmi di https://www.facebook.com/MyProWrestling/

Malaysia Pro Wrestling (MYPW) merupakan arena gusti profesional pertama di Malaysia dan dikunjungi lebih 400 penonton setiap kali dilangsungkan di Ku-Ash Theater, Taman Tun Dr Ismail,

Selain daripada melakar sejarah baru buat sukan tanahair, atlet-atlet gusti dari seluruh Asia Tenggara seperti Singapura, Vietnam, Filipina dan juga Jepun turut dilatih secara profesional di pusat pembangunan bakat MYPW.

Biarpun jenis perlawanan sama seperti yang ditayangkan rancangan Raw atau Smackdown sebelum ini, peluang melihat rakan senagara mempamerkan aksi berpenuh tenaga dalam gelanggang memberi kepuasan tersendiri apatah lagi kemunculan objek asing seperti kerusi besi, rotan, dan besi pemangggang turut digunakan bagi melemahkan lawan masing-masing.

Acara ini turut diserikan dengan kehadiran beberapa selebriti tanahair seperti jaguh bina badan Negara Sazali Samad, Yank Kassim, Julia Ziegler, Fizz Fairuz, Amar Asyraf dan ramai lagi.

Yang paling mencuri perhatian pastinya adegan Raja Repot Malaysia, Ayahanda Abdul Rani Kulup Abdullah yang terlibat dengan insiden perbalahan dengan salah seorang penggusti, Furious Faizal yang berani mencabar dan menolak beliau yang menonton di sisi gelanggang ketika itu.

Natijahnya, satu pergelutan kecil berlaku dan Ayahanda “Kipidap” sempat menghadiahkan beberapa libasan tongkat ke belakang Faizal:

Tags
Show More

Related Articles