Selalunya buah akan tumbuh pada batang pokok tetapi ini buahnya tumbuh pada daun. Pokok pelik ini diberi nama Butcher’s Broom.
Butcher’s Broom atau Ruscus aculeatus boleh didapati di Iran, Mediterania, dan Amerika. Tumbuhan ini punya banyak nama panggilan, antaranya ialah Knee Holly, Jew’s Myrtle, Sweet Broom, dan Pettigree.
Nama ‘Butcher’s Broom’ diberikan kerana tanaman tersebut sering digunakan oleh tukang daging untuk membersihkan alas pemotong daging mereka.
Bagaimana caranya?
Mereka menggunakan ranting pokok Butcher’s Broom ini dan mengikatnya seperti sapu lidi lalu memberusnya pada tempat pemotongan untuk mengeluarkan sisa-sisa daging pada permukaannya.
Daun tumbuhan ini sebenarnya memiliki pelbagai fungsi iaitu sebagai daun dan batang.

Selain daripada fungsi untuk membersihkan alas potong daging, tumbuhan ini juga mempunyai nilai manfaat yang lain.
Buahnya digunakan sebagai ubat sembelit, buasir, gatal-gatal, bengkak, dan kencing tidak lawas. Ubat daripada tanaman ini telah digunakan sejak 2000 tahun lalu.
Kajian yang dilakukan pada tahun 1950 telah menemukan bukti bahawa ekstrak Butcher’s Broom efektif untuk meringankan pelbagai penyakit yang berhubungan dengan peredaran darah.
Tunasnya yang masih muda boleh dimakan seperti rebung atau asparagus. Tumbuhan ini juga selalu dijadikan tanaman hias di kebun atau halaman rumah.
Sumber: amusingplanet.com