Kesihatan

Penyakit Periodontal Dan Karies Gigi Melonjak Di Malaysia

Menurut kajian Kementerian Kesihatan, setiap 9 daripada 10 orang dewasa di Malaysia mempunyai penyakit periodontal dan karies gigi.

DentalCaries

Nampaknya, kebersihan rakyat Malaysia tidak memuaskan ketika membincangkan kebersihan oral dan gigi. Apatah lagi, 40-75% pelajar sekolah dan 76% kanak-kanak bersuia 5 tahun ke bawah pernah menghadapi masalah tersebut.

“Kesedaran mengenai kebersihan gigi masih kurang memuaskan dalam kalangan rakyat Malaysia. Ramai hanya akan datang ke klinik pergigian mendapatkan perkhidmatan apabila mempunyai masalah gigi.

“Oleh itu, kementerian akan mempergiatkan usaha meningkatkan kesedaran agar rakyat Malaysia mendapatkan perkhidmatan pergigian sebagai langkah pencegahan dan meningkatkan kesihatan pergigian,” kata Timbalan Menteri, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Antara penyakit-penyakit yang bakal dihadapi golongan tersebut, kesukaran berinteraksi dan sakit ketika makan.

Sementara itu, Dr Hilmi berkata kementerian bercadang menambah 10 klinik pergigian bergerak tahun ini sebagai langkah memudahkan akses kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan pergigian.

Ketika ini, katanya, terdapat 36 klinik pergigian bergerak di negara ini.

Sumber: http://www.bernama.com/bernama/v8/ge/newsgeneral.php?id=1226776

Tags
Show More

Related Articles