Tempatan

Pencemaran Cahaya Di Malaysia Tahap Serius?

Benarkah keadaan cahaya di Malaysia berada dalam keadaan berlebihan sehingga Akta Pencemaran Cahaya dicadangkan ahli-ahli astronomi?

Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Dr Noordin Ahmad, mendedahkan bahawa pihaknya dalam proses menyediakan garis panduan bagi mewujudkan akta tersebut gara-gara limpahan cahaya akibat pembangunan bandar.

ANGKASA telah pun mengemukakan hasrat dalam bentuk hitam putih kepada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) kerana lampu daripada bangunan dan lampu jalan sekarang ini di bawah penyeliaan mereka.

Menurut Noordin, pencemaran cahaya di negara ini baru memasuki tahap serius dan jika tidak ditangani ia bakal menjejaskan bidang astronomi negara.

“Kerja pencerapan di balai cerap di Planetarium Negara kini turut terjejas ekoran pencemaran cahaya yang melampau di bandaraya Kuala Lumpur.

“Di Planetarium Negara, kesannya ketara terutama kepada ahli astronomi yang melibatkan balai cerap kami di sini tidak boleh berfungsi sepenuhnya menyebabkan kami terpaksa membina satu balai cerap di Pulau Langkawi pada 2006 untuk mengatasi masalah pencemaran cahaya,” katanya.

Persoalannya, apakah rakyat Malaysia menyedari situasi tersebut dan ingin bertindak supaya cahaya dunia tidak tenggelam pada zaman moden ini.

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1226745

Tags
Show More

Related Articles