Hiburan

Boboiboy The Movie Pupuk Semangat Setia Kawan

Dah pergi tengok Boboiboy The Movie (BTM)? Animasi tempatan terbitan Animosta Studios yang sangat berjaya tahun ini dan sudah pun berjaya mengutip RM13 juta (setakat artikel ini ditulis). BTM bukan lah sekadar filem kanak-kanak, tetapi ia juga memberikan mesej yang baik kepada semua orang.

02.jpg

Ringkasnya, filem BTM ini mengisahkan Ochobot dikejar dan diculik oleh Genk Tengkotak (Pemburu Sfera Kuasa) yang menganggap Ochobot inilah sfera kuasa yang dicari. Demi setia kawan yang kuat, Boboiboy dan kawan-kawannya bersama-sama membantu menyelamatkan Ochobot dari perkara buruk.

Jalan cerita yang menarik, ringkas dan menghiburkan dapat mencuit hati kanak-kanak termasuk sesiapa sahaja yang menontotnya. Secara dasarnya, BTM mengajar kita erti bersahabat; jangan ambil endah persahabatan semasa masih bersama dan sanggup tolong-menolong dengan sedaya upaya.

boboiboy_galaxy__without_background_by_viandry-d9l32kh.png

Selain itu, peminat Boboiboy dapat menyaksikan Boboiboy, Yaya, Ying, Gopal dan juga Fang memiliki kuasa baru yang dinaik taraf. Dalam filem ini juga, kehadiran Cikgu Papa Zola sangat mencuit hati dan berjaya menjadikan filem ini lebih seronok.

papazola

Kepada yang belum menonton filem ini, jangan lupa saksikanya di pawagam. Filem ini mula ditayangkan pada 3 Mac yang lalu.

Tags
Show More

Related Articles