Hiburan

Amber Heard Main Watak Mera, Isteri Aquaman

Isteri kepada seorang lagi pelakon terkenal iaitu Johhny Depp, kini Amber Heard bakal menjadi isteri sekali lagi namun kali ini kepada Raja Atlantis, Aquaman.

AmberHeardAquaman

Amber mengesahkan dia akan menyertai francais DC Comics dalam filem Aquaman pertama dalam sejarah sebagai ‘Mera’ iaitu isteri dan rakan seperjuangan kepada Arthur Curry (Aquaman).

Menurut Amber, dia juga telah mencuba kostum terbarunya baru-baru ini.

“Kostum itu agak menarik bagi saya kerana ia nampak seperti sisik ikan, pada masa yang sama ia kuat seperti perisai pahlawan.

“Sedikit pelik untuk menerangkan kostum itu tetapi kami masih dalam proses pembinaan. Saya amat teruja,” katanya.

Filem tersebut dijangka siap pada tahun 2018, namun Aquaman dikhabarkan akan membuat penampilan pertamanya dalam filem Batman vs Superman yang ditayangkan minggu ini.

JasonMomoa

Watak Aquaman dimainkan oleh Jason Momoa. Selain itu, peminat setia DC Comics juga akan menyaksikan filem solo watak-watak Justice League lain seperti The Flash, Cyborg dan Green Lantern.

Apa yang pasti, kami semua tidak sabar untuk menyaksikan filem Batman V Superman: Dawn of Justice pada 24 Mac ini!

Sumber: http://www.sundayworld.com/entertainment/movies/amber-heard-joins-dc-comics-universe-as-mera?

Tags
Show More

Related Articles