Sukan

Tinggalkan Pingat Piala Dunia Dalam Keranda

Pemenang Piala Dunia 2006 bersama Itali, Daniele de Rossi memberi penghormatan terbesar ketika meninggalkan pingatnya di dalam keranda ‘kitman’ iaitu tukang urus pakaian pasukan, Pietro Lombardi.

Lombardi meninggal dunia pada usia 92 tahun setelah memberi perkhidmatannya kepada pasukan The Azzuri sehingga menghempus nafas terakhirnya. Lombardi juga dikenali sebagai ‘Spazzolino’ yang bermakna ‘berus gigi’ kerana dia sentiasa memastikan pakaian seluruh pasukan bersih untuk dipakai.

De Rossi hanya berusia 22 tahun ketika menjuarai kejohanan Piala Dunia 2006 di Jerman. Kini, De Rossi berusia 32 tahun dan dianggap veteran bersama pasukan ibu kota, AS Roma. Dikhabarkan, De Rossi membawa pingat pemenang Piala Dunia itu ke majlis pengebumian Lombardi untuk memberi hadiah terakhir kepada rakan baiknya.

Ia merupakan satu tindakan yang amat berharga bagi dunia bola sepak. Lebih lagi kerana De Rossi enggan mendedahkan tindakannya kepada orang awam.

Sanggupkah anda memberi hadiah sebesar itu kepada seorang yang turut memainkan peranan besar dalam hidup anda?

http://www.mirror.co.uk/sport/row-zed/daniele-de-rossi-leaves-world-7581374?

Tags
Show More

Related Articles

Check Also

Close