Gaya Hidup

Populariti Tidak Mendefinisikan Siapa Diri Anda Yang Sebenarnya

bullying

Pernahkan anda lalui saat-saat yang memalukan dalam hidup anda? Sebagai contoh saat-saat apabila anda rasa seperti tiada siapa ingin berkawan dengan anda hanya kerana anda adalah orang terakhir yang dipilih untuk masuk dalam mana-mana kumpulan semasa bermain bola tampar atau apa-apa sahaja jenis aktiviti yang dijalankan di sekolah atau tempat kerja anda? Kelompok yang “ditindas” seperti ini adalah mereka yang tidak pernah dijemput untuk apa-apa majlis, mereka juga mungkin sudah digolongkan sebagai kelompok yang minoriti di sesebuah institusi itu.

 

Baiklah, sedar atau tidak, disebabkan tindakan seperti demikian, ia telah menjatuhkan semangat dan keyakinan diri mereka dan menyebabkan mereka cuba untuk menjadi orang lain hanya untuk rasa terpilih untuk menyertai kelompok yang popular itu? Selain itu, mereka juga akan mengubah penampilan dan cara mereka berpakaian demi mendapatkan perhatian orang lain. Malah, mereka juga akan menjadi lebih berhati-hati dengan perkara yang paling tidak munasabah. Contohnya, mereka akan sentiasa up-to-date dengan trend fesyen yang terkini, dan mereka akan tukar minat mereka untuk minat benda yang sama dengan orang lain supaya dapat duduk di tahap yang sama seperti mereka.

 

Walau apa-apa pun, kembali lah kepada realiti! Sedarlah bahawa populariti itu tidak membawa apa-apa maksud yang signifikan dalam hidup anda. Jadi, anda hanya ada beberapa orang rakan – sekurang-kurangnya anda tahu bahawa mereka lah orang-orang yang betul-betul setia dengan anda dalam susah dan senang. Setiap orang adalah berbeza dengan keunikan diri mereka tersendiri. Tidak kira siapa anda, di mana anda berada, setiap orang membawa watak mereka masing-masing.

article-2682706-0BF99CCC00000578-863_634x426

Hanya ada satu perkara yang penting di dunia ini, iaitu untuk memastikan yang anda gembira dengan siapa diri anda yang sebenarnya. Populariti tidak akan mendefinisikan anda sebagai seorang yang tidak bernilai. Mempunyai populariti hanya bermaksud sesetengah orang itu mungkin lebih mesra ataupun lebih suka bersosial daripada orang lain. Manusia terbahagi kepada dua jenis: introvert dan ekstovert. Kita tidak boleh menukar cara otak kita berfungsi. Hanya kerana seseorang itu lebih janggal dan pemalu tidak menolak nilai murni diri mereka.

 

Ada orang di luar sana yang tidak dikelilingi oleh rakan-rakan mereka tetapi adalah orang-orang yang paling hebat anda akan pernah kenal. Jika seseorang menghakimi sesetengah individu berdasarkan populariti dan personaliti mereka dengan jumlah orang yang mereka bergaul, maka pertimbangan mereka akan menjadi benar-benar salah. Dalam generasi kita hari ini, kita cenderung untuk meletakkan label pada orang yang kita kenal setiap hari dengan cuba meneka siapa diri mereka sebenarnya.

 

Kami pasti kebanyakan daripada kita telah pun dilabel seperti yang dikatakan di atas, dan kami jamin anda tidak suka dilabel begitu bukan? Perkara seperti ini amat menyedihkan untuk terus wujud di zaman masyarakat kita sekarang. Oleh itu, perkara yang terbaik yang boleh kita lakukan adalah untuk tidak terus menghukum seseorang berdasarkan populariti mereka tetapi untuk melihat jauh ke dalam diri sebenar seseorang itu sendiri dengan mengenali mereka terlebih dahulu. Kita tidak sepatutnya membuat andaian tentang seseorang itu berdasarkan populariti mereka, kerana populariti hanyalah ukuran palsu diri seseorang.

 

 

Sumber: http://theodysseyonline.com/robert-morris/its-not-popularity-contest/340225

Show More

Related Articles