Gaya HidupKesihatan

Kentut Baik Untuk Hubungan Anda!

couplefarts

Dalam semua jenis hubungan sekali pun, semua perkara yang dibuat bersama pada awal-awal itu adalah yang paling bermakna sekali, temu janji pertama, pertama kali memegang tangan si dia, ciuman pertama, dan juga kentut pertama anda bersama mereka. Ya, menurut satu soal selidik daripada Mic.com, kentut juga merupakan antara perkara yang penting!

 

Pada zaman dahulu, kita sentiasa diajar untuk meminta maaf ke atas setiap perkara yang badan kita keluarkan (kentut,sendawa,bersin, batuk). Oleh itu, tanpa disedari kita sudah cukup arif untuk bertindak pada masa yang tepat, contohnya apabila hendak melepaskan kentut. Tetapi, persoalannya bilakah masa yang sesuai untuk melepaskan kentut di depan pasangan kekasih anda?

5d6381870f3e56615419a348249ca2e8

Menurut soal selidik yang dibuat oleh Mic.com, didapati bahawa kebanyakan pasangan (29% daripada peserta) tunggu selama dua hingga enam bulan dalam tempoh percintaan mereka sebelum mereka berani melepaskan kentut yang pertama itu. Selain itu, seramai 25.2% tunggu selama enam hingga 12 bulan, dan 22.4% lagi adalah mereka yang kentut setelah hanya beberapa minggu bersama pasangan mereka. Dan selebihnya adalah mereka yang tidak akan melepaskan kentut di depan pasangan mereka dengan sengaja.

 

Disamping itu, kentut juga menunjukkan bahawa anda selesa dengan pasangan anda itu. Sekiranya anda sudah begitu selesa untuk melepaskan kentut di hadapan pasangan anda, bermaksud anda sudah tiada lagi perkara yang perlu disorok darinya. Ianya penting untuk tidak menyorokkan sifat semulajadi anda sebagai seorang manusia di hadapan pasanagn anda. Ia secara tidak sengaja dapat membantu suasana hubungan anda untuk menjadi lebih seronok dan ceria.

 

Kesimpulannya, kentut itu bukan sahaja sihat untuk badan anda, tetapi juga boleh menguatkan lagi ikatan antara anda dan pasangan anda sendiri. Oleh itu, tunggu apa lagi? Lepaskan semua kentut yang anda simpan selama ini!

 

 

Sumber: http://www.womenshealthmag.com/sex-and-love/fart-relationships , http://elitedaily.com/dating/first-fart-greatest-milestone/1155205/

Show More

Related Articles