Sukan

Terbuka Swiss:Koo-Tan Tersingkir

Cabaran beregu profesional negara, Koo Kean Keat-Tan Boon Heong berakhir setelah tewas 21-23 21-17 21-10 di tangan Lee Sheng Mu-Tsai Chia Hsin pada peringkat separuh akhir Terbuka Swiss.

Aksi di St. Jakobshalle, Basel menyaksikan wakil Malaysia itu berhabis-habisan untuk memenangi set pertama menentang beregu pilihan ke-4 dalam kejohanan.

Malangnya, kelebihan itu gagal dimanfaatkan Koo-Tan yang tewas agak mudah dalam dua set terakhir sekali gus meleburkan harapan mengulangi kejuaraan pada tahun 2007.

Perlawanan separuh akhir itu terpaksa diheretkan ke set ketifa namun perlawanan diselesaiakan dalam tempoh 46 minit sahaja.

Tags
Show More

Related Articles