FesyenGaya Hidup

Peragawan Plus Size: Ikon Fesyen Lelaki?

Siapa kata anda perlu berjalan di atas Catwalk untuk menjadi seorang peragawan? Kenali Zach Miko, beliau di anggap ikon fesyen lelaki pada generasi muda ini apatah lagi merupakan seorang yang bersaiz besar.

Namun, Zach membuktikan bahawa gaya mencerminkan personaliti anda dan keyakinan dalam diri sendiri adalah yang paling mustahak.

ZachCoat

Kini, Zach telah dilantik oleh salah satu syarikat peragawan terbesar, IMG Models sebagai peragawan pertama untuk mengetuai divisyen ‘plus size’ terbaru mereka.

“Berdasarkan saiz badan semasa, saya tidak pernah terfikir apatah lagi benar-benar diambil untuk menjadi seorang peragawan.

“Sebelum ini saya enggan pergi membeli baju di kedai. Saya anggap saya tidak perlukan baju baharu kerana ia amat sukar untuk mencari saiz baju saya. Saya selalu memberitahu diri sendiri, “jangan beli seluar baharu selagi berat badan tidak turun’. Seperti wanita juga, lelaki mahu tampil lebih baik dari segi wajah.

ZachBW

Zach, 26, memiliki ketinggian 198cm yang sempurna buat peragawan tetapi berat badannya iaitu 124KG dianggap terlalu berat apatah lagi saiz pinggang 42 inci. Lebih menarik, biarpun ada segelintir yang anggap spesifikasi badannya tidak sesuai, Zach mempunyai karier dalam bidang pelakonan juga.

Maklumat lanjut, klik http://www.breakingnews.ie/discover/meet-the-plus-size-male-model-whos-making-waves-in-the-mens-fashion-industry-725766.html

Tags
Show More

Related Articles