Hiburan

Michelle Yeoh Layak Terima Jawatan Terbaru

Tan Sri Michelle Yeoh dilantik sebagai Duta Muhibah terbaru UNDP dengan niat mewujudkan kesedaran dan mengetuai pergerakkan UNDP dalam mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) antaranya, kesaksamaan jantina dan pembasmian kemiskinan.

“Saya mahu membantu mereka yang sudah ketinggalan dalam dunia ini, sama ada mereka dilahirkan miskin, dilahirkan sebagai wanita mahupun mereka yang dilahirkan di kawasan yang telah pun dimusnahkan.

“Sebagai Duta Muhibah Program Pembangunan PBB (UNDP), saya akan berhabis-habisan untuk membantu manusia mengatasi segala rintangan dalam hidup sekali gus menciptakan peluang kedua buat mereka dalam dunia yang lebih selamat dan sihat.

Yeoh menyertai barisan Duta Muhibah UNDP yang turut dibarisi pelakon dari Sepanyol, Antonio Banderas, pelakon dari Amerika Syarikat, Connie Britton dan pelakon dari Jepun, Misako Konno;

Sementara itu, lagenda bola sepak seperti Didier Drogba, Iker Casillas, Ronaldo, Marta Vieira da Silva and Zinedine Zidane.

Sumber: http://www.undp.org/content/undp/en/home/presscenter/pressreleases/2016/03/15/united-nations-development-programme-appoints-hollywood-actress-michelle-yeoh-as-goodwill-ambassador.html

Tags
Show More

Related Articles