Teknologi

Iphone SE: Beli Atau Tidak?

Kami seolah-olah terpaksa menerima hakikat bahawa setiap iPhone baharu diiringi harga yang terlalu besar untuk majoriti penduduk di Malaysia. Bukan lagi dianggap sebagai satu keperluan malah satu kemewahan dalam dunia teknologi.

Merujuk kepada laman web rasmi Apple Malaysia pada saat ini, iPhone 6S terbaru bernilai RM3,199-RM4,199 mankala abangnya, iPhone 6S Plus bernilai RM3,699-RM4,699. Harga tersebut berdasarkan sama ada anda memilih versi 16GB, 64GB dan 128GB.

Persoalannya, apakah anda akan lebih tertarik pada iPhone SE yang disebut-sebut bernilai GBP300-GBP400 ataupun RM1,759-RM2,344? Jika ya, anda hanya perlu menunggu seminggu lagi sebelum ia dilancarkan di seluruh dunia.

Bagaimanapun, iPhone yang mungkin dinamakan iPhone SE atau iPhone 5SE, mempunyai beberapa perbezaan yang amat ketara. Produk-produk Apple iaitu iPhone 6 dan iPhone 6S Plus masing-masing mempunyai dua saiz yang berbeza iaitu paparan 4.7 inci dan 5.5 inci. Menariknya, iPhone SE mempunyai saiz paparan 4 inci sahaja.

IPhoneSE

(Imej sekadar perbandingan saiz sahaja)

Sebagai penanda ukuran, iPhone SE memiliki saiz yang sama dengan iPhone 5S yang lepas. Bagaimanapun, fungsi kamera telah dipertingkatkan manakala kelebihan Apple Pay serta warna rose gold, gold, silver dan space grey turut dikekalkan dalam versi ‘mini’ ini.

Apple dijangka buat pengumuman rasmi mengenai produk terbaru mereka pada 21 Mac, 2016. Apakah ini peluang terbaik untuk memiliki sebuah iPhone? Apatah lagi, pelancaran iPhone ini akan memotong harga peranti-peranti Apple yang lain juga…

Tepuk dada, tanya selera.

Sumber: http://www.pocket-lint.com/news/137090-apple-iphone-se-looks-like-5s-but-with-12mp-4k-camera?

Tags
Show More

Related Articles