Hiburan

Boy Band 90-An Kini Bunuh Zombi?

Kumpulan muzik ‘boy band’ zaman 90-an iaitu Backstreet Boys, N’Sync, 98 Degrees dan O-town bakal bersatu dalam sebuah filem bertemakan zombi!

Dikhabarkan, filem bertajuk ‘Dead 7’ itu diasakan penyanyi utama Backstreet Boys, Nick Carter yang turut buat penampilan sebagai watak utama. Nick turut diiringi rakan sekumpulannya, Howie Dorough (Howie D) dan AJ McLean.

Selain itu, Joey Fatone dan Chris Kirpatrick dari kumpulan N’Sync, Jeff Timmons dari 98 Degrees dan kesemua ahli O-Town (kecuali Ashley Parker Angel) akan menubuhkan kumpulan pembunuh zombi terhebat di kaca TV.

Plot Dead 7 masih belum diterapkan namun ia bakal mengambil tempat pada zaman koboi Amerika Syarikat. Apakah ini impian segala wanita zaman 90-an?! Kita terpaksa tunggu dan lihat nanti!

Sumber: http://www.cosmopolitan.co.uk

Tags
Show More

Related Articles