Gaya Hidup

7 Tips Untuk Anda Yang Tinggal Bersama Rakan Sebilik

Melainkan teman sebilik anda adalah seorang yang sangat sempurna dan dihormati, ataupun seorang yang seperti syaitan yang dihantar daripada neraka – untuk tinggal bersama-bersama dalam keadaan yang cukup harmoni adalah kadang-kadang mustahil. Berikut adalah beberapa tips daripada seorang pakar psikologi Andrea Bonior, dan Harlan Cohen, penulis buku “The Naked Roommate”, bagi membantu anda mengharungi hari-hari yang sukar akan datang.

 

roommates

1. Sekiranya anda tidak suka dengan sesetengah perkara yang dilakukan oleh rakan sebilik anda, bincangkannya secepat yang mungkin

Sebaiknya, dalam tempoh 24 jam yang terdekat. “Kalau semua orang boleh setuju dengan peraturan itu, hidup akan lebih mudah,” kata Cohen. “Selalunya, kita sering menyimpan kesemua masalah pada diri kita sendiri, dan itu akan bertukar kepada kebencian, dan kebencian akan bertukar kepada tingkah laku yang agresif.” Jadi uruskan semua isu yang ada sekarang, dan jangan tunggu hingga anda tidak boleh menahannya lagi.

 

imrs.php

2. Menggunakan “Saya” apabila mencadangkan apa-apa solusi

Contohnya: “Saya tahu kebelakangan ini awak sibuk dan tertekan, tetapi saya rasa saya telah membuat kebanyakkan kerja rumah seperti membasuh pinggan mangkuk yang bukan saya guna. Mungkin kita boleh tetapkan peraturan baru untuk membersihkannya sendiri lain kali.”

Cuba sebaik mungkin untuk tidak memarah mereka dan menyalahkan mereka. Sebaliknya, beritahu apa yang buat anda tidak selesa dan kemukakan masalah ini sebaik mungkin.

 

disagreeing_roomates
3. Jangan cuba untuk berlawan dengan sifat pasif agresif dengan sifat pasif agresif juga.

Cuba sebaik mungkin untuk tidak memarakkan lagi api yang sedang membara. Sebaliknya, cuba fahamkan apa yang sebenarnya cuba disampaikan oleh rakan sebilik anda. Contohnya, “Saya rasa awak sedang marahkan saya tentang sesuatu. Saya minta maaf sekiranya saya telah membuat awak marah – boleh kita bincangkannya?”

 

Rollins_dorm

4. Sekiranya anda mempunyai tahap kebersihan yang belainan dengan rakan sebilik anda, cuba fikirkan cara untuk stabilkan isu ini supaya kedua-dua pihak boleh menyumbang

Mungkin rakan anda tidak akan betul-betul belajar cara sebenar untuk membersih tandas atau mungkin anda tidak begitu setuju dengan cadangan rakan anda untuk mencuci tandas dua kali seminggu. Jika itu berlaku, Cohen mencadangkan untuk mencari cara-cara lain untuk membahagikan tanggungjawab yang dikongsi dan bukannya mengamuk setiap kali rakan anda tidak buat kerja dengan betul.

 

article-everything-you-need-to-know-about-living-with-roommates-for-the-first-time

5. Tidak cepat menuduh jika anda rasa rakan sebilik anda mencuri atau mengguna barang-barang anda.

Menuduh secara terang-terangan tidak akan membawa isu ini kemana-kemana, terutama sekali sekiranya rakan anda benar-benar tidak bersalah. Dan sekiranya memamg benar rakan anda adalah pesalahnya, tanya sebaik mungkin. Contohnya, “Hari tu rasanya banyak lagi shampoo saya, awak tahu apa yang terjadi kepadanya?”

Tetapi, sekiranya memang benar merekalah pesalahnya, bertindaklah sewajarnya: Kunci pintu bilik anda, sembunyikan barang-barang anda, PINDAH SECEPATNYA!

 

6359211788572379102077421747_r2ndtocgablww9rzkm9v
6. Berbalas mesej adalah baik untuk membincangkan perkara-perkara kecil, tetapi, untuk isu yang lebih besar seelokanya dibincangkan secara depan-depan.
Berbalas mesej dengan rakan sebilik anda untuk pesanan ringkas seperti “Nanti keluar jangan lupa kunci pintu, hari tu awak lupa nak kunci” dan “Balik nanti jangan lupa beli susu,” adalah tidak mengapa.

Tetapi untuk perbualan yang memerlukan penjelasan yang panjang, lebih baik dilakukan secara depan-depan di mana rakan anda boleh melihat lenggok badan anda dan intonasi anda.

 

tumblr_mnnmyhDmu81r3x6joo1_1280-436-800x400-696x348

7. Sekiranya anda tinggal dengan rakan yang baik dan keadaan tiba-tiba bertukar menjadi buruk, pastikan persahabatan kalian adalah yang paling penting.

Apa yang penting ialah, jangan tunggu sehingga perkara menjadi lebih keruh. Mulakan perbualan dengan mengatakan sesuatu seperti, “Pertama sekali, persahabatan kita adalah penting kepada saya berbanding segala-galanya dan saya mahu memastikan bahawa matlamat saya di sini adalah untuk tidak merosakkan hubungan kita sedikitpun.”

 

Kesimpulannya, dengan apa-apa jenis masalah sekalipun yang anda hadapi dengan rakan sebilik anda, cuba lah sedaya upaya anda untuk menyelesaikan masalah kalian untuk kehidupan yang lebih harmoni bersama.

 

 

Sumber: http://www.buzzfeed.com/annaborges/how-to-not-murder-your-roommates#.wjyb0YMAO

Tags
Show More

Related Articles