Gaya HidupKesihatan

5 Kebaikan Aloe Vera Untuk Kulit Anda

Aloe Vera sudah digunakan selama berkurun lamanya dan semua orang tahu bahawa ianya sangat baik untuk menyembuhkan selaran matahari di kulit anda – tapi, tahukah anda akan kebaikannya dari aspek kecantikan? Disebabkan ramuannya yang mengandungi lebih daripada 200 asid amino aktif-biologi, pelbagai jenis vitamin, dan antioksida yang bukan sahaja terbukti baik untuk kulit anda, malah juga buat kesihatan kardiovaskular. Berikut adalah antara senarai teratas bagi kebaikan aloe vera buat anda.

 

makeup-remover

1. Gunakannya Sebagai Pemadam Makeup

Percaya atau tidak, aloe vera mempunyai sifat di mana ia boleh memadam makeup anda dengan hanya beberapa sapuan. Apa yang anda perlu buat adalah letakkan sedikit aloe vera tersebut di atas kapas dan mulakan rutin anda.

 

woman-touching-wrinkle-on-her-forehead

2. Membaik Pulih Kedut

“Dalam kajian sejarah dermatologi yang diterbitkan pada tahun 2009, menyatakan bahawa penggunaan selama 90 hari suplemen dalaman gel aloe, kedutan kelihatan bertambah baik dengan ketara dan juga telah meningkatkan keanjalan pada kulit manusia,” kata Jennifer Linder, M.D., ketua pegawai saintifik untuk PCA KULIT.

 

maxresdefault

3. Sebagai Makeup Bulu Kening Anda

Mudah sahaja, celupkan batang mascara yang masih belum digunakan ke dalam gel aloe vera untuk membuatkan kening anda kekal kemas sepanjang hari.

 

view-of-mans-chest-with-sunburn-near-ocean
4. Kurangkan Keradangan Kulit

Ia bukan hanya untuk kulit berjerawat sahaja yang akan mendapat kemerah-merahan dan gatal-gatal. “Aloe membantu dengan keradangan yang berkaitan dengan jerawat kerana ia mengurangkan keradangan dan kemerahan, tetapi ia akan berkesan untuk apa-apa jenis keadaan kulit juga, bukan hanya yang berjerawat,” kata Linder.

 

the-mouth-500

5. Membuatkan Mulut Anda Kekal Sihat

“Kajian yang dibuat pada 2014 menunjukkan bahawa polisakarida dari aloe vera membantu mengurangkan ulser mulut dan kesakitan yang dikaitkan dengan mereka,” kata Linder. Tumbuhan ini juga dikenali untuk membantu memulihkan gingivitis apabila disapu kerana ia mengurangkan bengkak, keradangan, dan pendarahan gusi.

 

Bagus bukan tumbuhan ini? Pelbagai jenis kaedah yang baik telah ditawarkan. Semoga kita sama-sama dapat memafaatkan anugerah yang diberi ini dengan baik!

 

 

Sumber: http://www.womenshealthmag.com/beauty/aloe-vera-uses

 

Show More

Related Articles