Gaya HidupKesihatan

10 Sebab Amalkan Minum Teh

Jika anda kerap merasa bahawa badan anda kurang sihat pada hari ini, mungkin satu cawan teh adalah pengubatnya. Untuk rekod, hanya teh kosong yang dimaksudkan dalam
artikel ini.

Berikut adalah 10 fakta tentang teh:

1. Penuh dengan antioksidan

Antioksidan boleh mencuci bahan-bahan toksin dalam badan anda sekali gus memerangi pelbagai jenis penyakit yang dicetuskan akibat pencemaran udara. Selain itu, ia juga
membantu kesihatan kulit anda supaya tidak terlalu cepat tua!

2. Kurang kafien berbandi kopi

Teh juga mengandungi kafein namun perbezaannya dengan kopi amat ketara! Kopi mengandungi kafein sebanyak 135mg secawan manakala teh hanya mengandungi 30-40mg sahaja.

Belum lagi mengira jumlah kafein yang tedapat dalam Kopi yang dibuat dengan ‘coffee mate’. Teh merupakan minuman yang lebih enak diminum pada waktu pagi.

3. Kurangkan risiko serangan jantung & strok

Serangan jantung atau strok sering berlaku akibat jumlah kolestrol yang tinggi mahupun platelet darah. Menurut kajian, risiko serangan jantung dan strok dikurangkan sebanyak 70% bagi seorang individu yang minum sekurang-kurangnya 2-3 cawan teh hitam berbanding individu yang langsung tidak minum teh.

4. Menjaga tulang dalam badan

Bukan sahaja susu memperkuatkan tulang anda malah teh juga memiliki ‘phytochemicals’ yang memantapkan tulang anda. Didapati, golongan yang minum teh selama 10 tahun memiliki tulang yang lebih kuat berbanding mereka yang tidak minum teh.

5. Senyum manis

Teh memiliki bahan-bahan ‘fluoride’ dan ‘tannins’ yang membersihkan gigi serta seluruh kawasan oral seorang individu. Bagaimanapun, tambahan gula boleh menghilangkan kelebihan itu. Jadi, kurangkan pengambilan gula dalam teh anda.

6. Imunisasi badan diperkuatkan

Teh memperkuatkan sistem imunisasi seorang individu untuk memerangi apa-apa jangkitan lain. Prestasi badan anda setelah minum teh secara konsisten boleh dilihat selepas 3-4 minggu.

7. Melindungi badan daripada kanser

Tiada jaminan bahawa teh adalah pengubat bagi segala kanser namun pengambilan teh yang konsisten boleh melindungi badan anda buat masa yang lebih lama.

8. Pastikan badan sentiasa terhidrat

Kehadiran pelbagai jenis teh boleh membantu menghidratkan badan anda. Semestinya, air kosong adalah minuman yang terbaik namun teh memiliki lebih banyak khasiat.

Bagaimanapun, jangan melebihi had 5 cawan sehari kerana ia mengandungi kafein juga.

9. Tiada kalori dalam teh

Teh kosong tidak mengandungi sebarang kalori. Anda mampu mengurangkan jumlah kalori sebanyak 250 kalori sehari iaitu satu paun setiap minggu.

10. Metabolisme badan dipertingkatkan

Adakah anda merasa sukar untuk menurunkan berat badan anda? Pengambilan teh hijau boleh mempercepatkan proses metabolisme dengan minuman 5 cawan sehari. Jika ingin menurunkan berat badan, teh hijau adalah pilihan terbaik.

http://www.today.com/health/top-10-health-benefits-drinking-tea-2D12052713

Tags
Show More

Related Articles