Sukan

Welson Lakar Kejutan, Muncul Atlet Ke-11 Layak Ke Rio

Anak jati Sarawak, Welson Sim mencipta kejutan menempah tiket ke pentas Olimpik ketika meraih pingat emas bagi acara 400 meter gaya bebas dalam Kejohanan Renang Peringkat Umur Kebangsaan Singapura semalam.

Biarpun hanya berusia 18 tahun, Welson menyerlah dalam kategori senior dengan catatan masa 3:50:33s. Untuk pengetahuan anda, Welson adalah perenang pertama dalam 12 tahun untuk meraih keputusan ‘Kategori A’ sekali gus layak ke Sukan Olimpik pada bulan Ogos nanti.

Lim Kean Keat atau ‘Alex Lim’ merupakan atlet negara terakhir layak ke pentas Olimpik pada tahun 2004 di Athens, Greece.

“Sebaik terjun ke dalam air, saya dapat rasa keputusan akan melepasi jangkaan saya. Saya amat teruja untuk menghadapi saingan Olimpik pertama saya nanti.

“Ada 4 atau 5 atlet renang yang masih mensasarkan slot Olimpik. Saya adalah yang pertama tetapi saya harap mereka dapat layak juga,” kata Welson.

Bagaimanapun, Welson tidak mahu terlalu selesa apatah lagi dia juga intai catatan masa Kategori A dalam acara 200m gaya bebas juga.

Setakat ini, atlet negara yang telah layak ke Sukan Olimpik adalah Pandelela Rinong, Cheong Jun Hoong, Wendy Ng Yan Yee, Ooi Tze Liang, Nur Dhabitah Sabri bagi acara terjun; Azizulhasni Awang dan Fatehah Mustapa (berbasikal); Jonathan Wong (menembak); Khairul Anuar Mohamad (memanah) dan dua slot bagi sukan pelayaran.

Persatuan Pelayaran Malaysia masih belum memutuskan nama dua atlet pelayaran mereka ke Rio.

Tags
Show More

Related Articles

Check Also

Close