Teknologi

Sebab-Sebab Apple Berperang Dengan F.B.I

Federal Bureau of Investigation (FBI) telah membawa sebuah syarikat yang dianggap paling bernilai di dunia iaitu Apple ke mahkamah. Dilaporkan, Apple adalah kunci kepada pelbagai jenis informasi dan bukti bagi insiden tembakan secara besar-besaran di San Bernardino, California.

Untuk pengetahuan anda, insiden keganasan di San Bernardino menyaksikan Syed Rizwan Farook membunuh 14 orang sekali gus menyebabkan 22 orang lagi cedera parah. Syed Rizwan, bersama isterinya Tashfeen Malik melarikan diri namun anggota polis tempatan mengejar kenderaan yang digunakan sehingga pasangan suami dan isteri itu maut akibat kejadian tembakan.

Kemudian, penyiasat FBI menjumpai telefon bimbit (Iphone oleh Apple), yang kemungkinan besar mengandungi informasi yang boleh membantu penyiasatan mereka… Iphone itu terkunci.

Dan, FBI memerlukan kepakaran Apple terhadap peranti mereka sendiri.

Mengapa Apple menolak cadangan FBI?

Bagi Apple, pihak mereka enggan membantu kerana ia melanggar prinsip syarikat tersebut. Selain itu, pembukaan iPhone yang terkunci memerlukan penciptaan software baru daripada syarikat tersebut dan ia pasti bercanggah hak Pindaan Pertama Amerika Syarikat.

Lebih lagi, Apple berpendapat sekiranya FBI diberikan hak untuk membuka iPhone itu, pihak mereka bakal memiliki kuasa untuk membuka setiap iPhone di Amerika Syarikat mahupun negara-negara ‘musuh’

Beberapa eksekutif kanan Apple juga tidak mahu kontroversi seperti ini menjejaskan perhubungan mereka bersama negara-negara lain. Sebagai contoh, Apple sudah lama cuba memenangi hak sekuriti iPhone mereka yang dijual dalam pasaran China disebabkan tahap sekuriti yang cukup tinggi di situ. Penciptaan software yang mampu membuka telefon bimbit peribadi seorang pengguna pasti menghancurkan persahabatan itu.

Setakat ini, Google, Amazon, Facebook dan Microsoft telah pun memberi sokongan padu kepada Apple dalam isu tersebut.

Sumber: http://www.nytimes.com/interactive/2016/03/03/technology/apple-iphone-fbi-fight-explained.html

Tags
Show More

Related Articles