Sukan

Pembatalan Tour of Sarawak kecewakan KJ

Tour of Sarawak merupakan satu jelajah berbasikal di Bumi Kenyalang yang dikatakan mampu diangkat seperti saingan Le Tour de Langkawi satu hari nanti.

Potensi yang nyata besar itu adalah punca kekecewaan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kerana beliau sudah lama meminta pihak penganjur menyemak Akta Pembangunan Sukan.

Akhirnya, pihak penganjur terpaksa membatalkan jelajah itu gara-gara kesuntukan dana. Lebih memalukan, jelajah itu hanya dibatalkan setelah kesemua pasukan peserta telah tiba di Miri.

“Saya sudah meminta Pejabat Pesuruhjaya Sukan untuk menyemak Akta Pembangunan Sukan tentang tindakan yang boleh dikenakan kepada penganjur terbabit.

“Yang penting sekali perkara ini tak berulang pada masa akan datang.

“Kita akan ambil apa saja tindakan supaya penganjur sukan tahu kuasa Pejabat Pesuruhjaya Sukan tidak boleh diambil ringan terhadap mana-mana penganjuran sukan yang tak berjaya,” katanya kepada pemberita Berita Harian.

Perlumbaan itu yang dianjurkan Fadz Industries sepatutnya berlangsung di Sarawak dalam lima peringkat bermula semalam.

“Bagi pihak penganjur, saya memohon maaf kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, dan sedia menemui beliau bagi menerangkan keadaan sebenar.

“Kami tidak berniat memburukkan nama Sarawak.

“Saya juga memohon maaf kepada kerajaan negeri Sarawak, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pembangunan Sosial Sarawak, Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia, Persekutuan Berbasikal Antarabangsa, Persatuan Berbasikal Negeri Sarawak dan semua pasukan yang bertanding,” kata Pengarah projek TOS, Mohd Fazli Mohd Yusof

Sumber: http://www.bharian.com.my/node/134574

Tags
Show More

Related Articles

Check Also

Close