Gaya HidupKesihatanTeknologi

Fikirlah Dua Kali Apabila Ingin Lihat Telefon Pintar Anda Sebelum Tidur

Jika anda mempunyai kebiasaan untuk browsing ‘Facebook’.’ Twitter ‘, Instagram’ sebelum tidur, mungkin anda perlu kurangkan berbuat demikian.

Kenapa??

Kerana lampu telefon pintar mengeluarkan cahaya berwarna biru supaya anda boleh melihat skrin tersebut walaupun di bawah terik cahaya matahari.

Namun, pada malam hari otak anda bakal keliru dengan lampu yang terpancar pada telefon pintar tersebut kerana ianya seperti bersinar seperti cahaya matahari.

Ini mengakibatkan otak anda berhenti untuk mengeluarkan hormon melatonin. Hormon ini berfungsi untuk memberi isyarat ‘masa untuk tidur’. Oleh sebab itu, lampu pada telefon bimbit itu akan mengganggu tidur anda dan mengakibatkan anda sukar untuk tidur dan kekal tidur. Ini juga akan mengakibatkan masalah kesihatan pada jangka masa panjang.

Selain daripada sukar untuk tidur, cahaya daripada telefon bimbit anda bakal mengakibatkan:-

  1. Kerosakan retina mata
  2. Mungkin mengakibatkan katarak
  3. Risiko kanser prostat dan payudara
  4. Obesiti kerana hormon melatonin terganggu
  5. Kemurungan akibat hormon melatonin terganggu
  6. Neurotoxin menyebabkan sukar untuk tidur menjadi parah
  7. Sukar untuk belajar
  8. Gangguan ingatan

Mungkin kita perlu lebih disiplinkan diri dan meletakkan segala gadget yang ada untuk dapat tidur yang optimum

Sumber: http://www.techinsider.io

Tags
Show More

Related Articles