Gaya Hidup

Bagaimana Pasangan Ini Bersara Pada Usia 30-an, Mempunyai Jutaan Duit Simpanan Tanpa Terlibat Skim Cepat Kaya

Ini bukan iklan cepat kaya mahupun iklan untuk mendapatkan kaki bagi seimbangkan piramid skim MLM!

Ini adalah kisah benar dan boleh dicapai jika belia di luar sana bijak berbelanja pada usia muda. Bak kata pepatah “Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian”.

Membaca kisah pasangan ini bakal memberi inspirasi untuk anda.

Semua bermula 13 tahun lalu semasa pasangan suami isteri ini serius untuk mencapai matlamat tabungan mereka.

Mereka telah mengubah cara hidup mereka supaya jalan menuju persaraan mereka itu kekal tercapai dan betul-betul 10 tahun dan 1 hari setelah mereka memutuskan untuk mencapai matlamat tersebut, mereka telah menghantar surat berhenti kerja kepada majikan masing-masing.

Selama tiga tahun “bersara” mereka telah menjalani kehidupan yang senang-lenang dengan pergi bercuti selama 52 minggu keliling dunia – dari Meksiko dan Guatemala sehingga Taiwan, Belize dan seluruh Amerika Syarikat.

Pasangan ini yang masih belia ini baru sahaja mendapat chaya mata dan telah berkongsi tips dan strategi dalam blog mereka “Go Curry Cracker!

Jadi sebenarnya berapa yang perlu disimpan dalam akaun simpanan supaya anda bersara dan hidup dengan selasa sebelum berumur 40?

Lebih daripada 70% daripada gaji mereka!

Bagaimana mereka lakukan?

“Untuk membolehkan anda berjimat-cermat, anda perlu mengeluarkan duit seminimum yang mungkin. Kami memotong segala perbelanjaan yang melibatkan kewangan yang tinggi seperti memiliki kereta, rumah, makan dan hiburan.”

“Kami menggunakan basikal, bas, tinggal di apartment yang boleh jalan kemana-mana dan masak”

Akibat daripada 10 tahun tinggal dengan keadaan yang sederhana, mereka berjaya mengumpul wang simpanan dan sekaligus menjadi jutawan dan boleh meneruskan kehidupan dengan wang sebanyak $4,000 sebulan.

Mereka ini bukan dari keluarga kaya malah harus membayar pinjaman pendidkan mereka.

“Ramai yang menganggap kita perlu bekerja lebih daripada 40 tahun dan sehingga mencapai umur persaraan. Malah ia tidak memerlukan anda untuk memenangi loteri ataupun nasib yang baik untuk mendapat durian runtuh. Hanya satu perkara yang boleh menentukan anda untuk seperti kami iaitu: kadar penjimatan.”- Jeremy Jacobson dan Winnie Tseng

Jadi.. amacam? Boleh ke tak boleh?
Kalau mahu bersara awal, perlulah berjimat dari sekarang.

Sumber://www.businessinsider.my/how-much-one-couple-saved-to-retire-early-2015-9/#j4DqFChu9HBzI95Y.99
Tags
Show More

Related Articles