Teknologi

Sedar Ke Butang ‘F’ dan ‘J’ Pada Keyboard Anda Ada Tanda?

Kalau sedar dan tahu apa maksudnya baguslah tapi kalau baru sedar lepas kami bagitahu, mesti nak tahu kenapa kan?

Tanda atau permukaan yang timbul pada huruf ‘F’ dan ‘J’ di papan kekunci anda adalah kerana ia membantu anda untuk mengesan kedudukan huruf pada papan kekunci tanpa anda perlu melihat ke papan kekunci tersebut semasa menaip.

Ia juga merupakan posisi yang optimum untuk jari anda berada semasa menaip menggunakan papan kekunci.

menguasai-ilmu-mengetik-10-jari

Ini adalah kedudukan jari anda yang terbaik semasa menaip menggunakan papan kekunci – tangan kiri akan meliputi huruf  A,S, D dan F manakala jari kanan akan kena pada huruf J,K,L dan juga tanda kolon.

Sumber: theindependent.com
Show More

Related Articles