Bisnes & EkonomiPolitik

Jika Anda Mempunyai 10 Sifat Ini, Anda Adalah Seorang Pimimpin Hebat!

Seperti mana yang kita tahu, menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin adalah suatu perkara yang amat berat. Ya, mungkin dalam mata sesetengah orang, figur seorang pemimpin itu kelihatan amat hebat dan bergaya. Namun begitu, berat lagi mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Berikut adalah beberapa kualiti utama yang setiap pemimpin yang baik perlu miliki.

Kejujuran

HonestyMiTi
Dalam apa bentuk urusan sekali pun yang anda uruskan, apabila anda dipertanggungjawabkan untuk memimpin, anda perlu tingkatkan prestasi anda dalam menjalankan tugas itu. Pekerjaan anda, dan pekerja anda melambangkan diri anda sendiri dan jika anda menjadikan sikap jujur dan perangai yang beretika sebagai nilai utama, pasukan anda juga akan turut menyusul sikap yang sebegitu.

Delegasi

Yes-delegation-woman-binders

Kunci kepada delegasi adalah untuk mengenal pasti kekuatan pasukan anda, dan memberi perhatian yang sepenuhnya. Ketahui apa yang paling diminati oleh ahli anda. Kemungkinan bagi isu ini adalah sekiranya mereka melakukan kerja yang mereka minati, mereka mungkin akan melakukan tugas itu dengan penuh minat dan usaha yang 200%. Ini bukan sahaja akan membuktikan kepada pasukan anda bahawa anda percayakan mereka tetapi juga akan memberikan anda peluang untuk fokus kepada tugas yang lebih sukar.

Komunikasi

Internal Communication
Mengetahui apa yang anda mahu capai mungkin kelihatan jelas di mata anda, tetapi anda tahu ada masalah apabila dijelaskan kepada orang lain, anda mendapat respon yang sebaliknya. Jika ini berlaku, anda perlu beri tumpuan dalam mengasah kemahiran komunikasi anda. Keupayaan untuk menjelaskan dan meringkaskan matlamat yang mahu dicapai dengan mudah adalah sangat penting. Anda tidak akan berjaya, sekiranya anda tidak mampu untuk menyampaikan matlamat anda kepada pasukan anda dengan baik.

Keyakinan

intuition
Mungkin akan ada hari di mana perkara yang anda lakukan tidak berjalan mengikut perancangan. Pada masa ini, tugas utama anda sebagai pemimpin adalah untuk memadamkan api dan mengekalkan semangat pasukan. Tingkatkan keyakinan anda, dan yakinkan pasukan anda untuk kekal bertenang dan fokus pada matlamat yang lebih besar. Sebagai ketua, dengan kekal tenang dan yakin, akan membantu pasukan anda.

Komitmen

commitment
Sekiranya anda mahukan hasil yang tip-top daripada pekerja anda, anda perlu memimpin melalui teladan. Tiada motivasi yang lebih baik daripada melihat ketua itu sendiri turun padang untuk melakukan kerja bersam-sama orang lain. Dengan membuktikan komitmen anda kepada pasukan, anda bukan sahaja akan mendapat penghormatan daripada mereka, tetapi juga akan memupuk semangat kerajinan yang tinggi dalam diri mereka sendiri. Anda mahu mewujudkan reputasi untuk bukan sahaja bekerja keras, tetapi juga dikenali sebagai seorang pemimpin yang adil.

Sikap Positif

20150511_095335
Dengan kejayaan yang berterusan syarikat anda, anda perlu mengekalkan semangat motivasi itu dalam diri setiap ahli pasukan anda. Walaupun ia bermakna anda perlu menyediakan makanan ringan, kopi, dan juga nasihat dalam perhubungan. Pastikan ada keseimbangan bagi mood dalam pejabar antara produktiviti dan keseronokan.

Kreativiti

Creative business

Kadang-kadang tidak semua perkara dapat di tentukan dengan mudah. Mungkin anda akan terpaksa lari daripada rancangan asal anda dan perlu membuat keputusan yang drastik. Ketika ini pasukan anda akan bergantung kepada panduan anda dan pada masa inilah kreativiti anda merupakan perkara yang amat penting sekali. Sebagai seorang pemimpin, ianya penting untuk berfikir di luar kotak, dan dengan menilai semua pilihan sebelum membuat pilihan yang salah, anda akan berjaya mencapai gol yang diinginkan.

Intuisi

einsteinquote
Ia mungkin sudah menjadi kebiasaan anda dalam membimbing pasukan anda, tetapi apabila sesuatu yang tidak dijangka berlaku, pasukan anda akan menoleh kepada anda untuk panduan. Sekiranya ini terjadi, anda perlu bergantung kepada naluri anda untuk melakukan sesuatu keputusan yang sukar itu. Belajar untuk percaya pada diri sendiri adalah sama pentingnya dengan pasukan anda belajar untuk mempercayai anda.

Memberi Inspirasi

image
Berkemampuan untuk memberi inspirasi kepada pasukan anda adalah amat bagus dalam menumpukan perhatian dalam mencapai gol yang diinginkan. Apabila anda semua terperangkap jauh di dalam kerja-kerja, anda perlu menyedari bahawa semua orang memerlukan rehat yang sepatutnya. Hargai semua dedikasi mereka dengan memuji setiap usaha yang diberikan. Ia adalah tugas anda untuk mengekalkan semangat dan ianya bermula daripada penghargaan ke atas kerja keras mereka.

Pendekatan

Planning

Tidak semua manusia adalah sama. Dalam usaha untuk mengoptimumkan keberkesanan anda sebagai seorang pemimpin, anda mesti mempunyai keupayaan untuk menyesuaikan pendekatan anda kepada setiap orang, berdasarkan keadaan yang sedang berlaku. Keupayaan anda untuk melaksanakan konsep ini akan memainkan peranan yang besar dalam keupayaan anda untuk mendapatkan kerja-kerja yang terbaik daripada pasukan anda dan rakan-rakan lain sepanjang perjalanan itu.

Berdasarkan apa yang tertulis di atas, kita telah mengupas setiap kualiti utama yang perlu seorang pemimpin miliki. Oleh itu, sekiranya anda diletakkan di bawah posisi sebagi seorang pemimpin pada masa hadapan, ingat kesemua kualiti di atas bagi mencapai semua matlamat anda.

Sumber: http://www.forbes.com/sites/tanyaprive/2012/12/19/top-10-qualities-that-make-a-great-leader/?utm_campaign=Forbes&utm_source=TWITTER&utm_medium=social&utm_channel=Entrepreneurs&linkId=22129916#5010e12e3564

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker