Antarabangsa

Wanita Berusia 91 Tahun Memperoleh PhD Setelah 30 Tahun Menulis Tesis

“Usaha tangga kejayaan” kata-kata ini harus kita pegang untuk berjaya dan mungkin itulah yang dilakukan oleh wanita 91 tahun ini.

Colette Bourlier adalah wanita tertua di Perancis untuk memperoleh PhD pada usia 91 tahun. Usahanya selama 30 tahun membuahkan kejayaan apabila dia mendapat keputusan yang cemerlang oleh juri di University of Franche-Comte, Besancon, Timur Perancis.

“Ia mengambil masa untuk menulis tesis tersebut kerana saya berehat di antara menulis,” kata Bourlier tentang kenapa dia mengambil masa yang lama untuk menyiapkan tesis.

Tesisnya bertajuk “Pekerja asing di Besancon pada fasa kedua di kurun ke-20”

Ianya adalah berdasarkan pengalamannya sebagai seorang guru mengajar pekerja asing di Timur Perancis.

Minatnya untuk melanjutkan PhD terdorong setelah dia bersara pada tahun 1983. Selalunya, orang yang mengambil PhD di Perancis akan mengambil masa menulis tesis mereka selama tiga tahun tetapi Bourlier tidak seperti pelajar yang lain,” kata profesornya, Serge Ormaux.

“Hanya Bourlier yang mengetahui kesemua aspek dengan sangat mendalam dan berjaya mengaitkan setiap aspek tersebut dengan baik. Dia juga menyokong fakta-faktanya menggunakan data statistik.”

Sumber: TheStar

Tags
Show More

Related Articles