Teknologi

Sony Sahkan Playstation Realiti Maya Tiba Hujung Tahun Ini

Tatkala gajet realiti maya seperti Oculus Rift dan HTV Vive dilancarkan baru-baru ini, Sony enggan terlepas peluang besar ini untuk melancarkan gajet realiti maya pertama untuk konsol permainan video, Playstation.

USD 400 (RM 1,655) adalah anggaran nilai harga ‘Playstation VR’  yang dilaporkan di Amerika Syarikat. Selain itu, Sony turut mendedahkan bahawa produk terbaru itu mampu dimiliki pengguna bermula Oktober 2016.

Teknologi tersebut akan membenarkan pengguna mengalami dunia realiti maya 360 darjah ketika bermain konsol anda. Ia dianggap sebagai satu ‘transformasi pengalaman permainan video’.

Ia juga merupakan pilihan yang lebih murah berbanding Oculus Rift (USD 599 atau RM 2,482) dan HTC Vive (USD 799 atau RM 3,310).

Bagaimanapun, Playstation VR memerlukan kehadiran konsol untuk berfungsi manakala Oculus Rift dan HTV Vive juga memerlukan PC yang mantap untuk berfungsi.

Menurut Presiden Sony Computer Entertainment, Andrew House, beliau berkata: “Kami terpaksa menangguhkan sedikit tarikh pelancaran produk baru ini tatkala teknologi yang digunakan masih baharu lagi,”

“Pada masa yang sama, kami menggunakan masa yang berlebihan itu untuk mengeluarkan pelbagai permainan yang eksklusif buat realiti maya,” katanya.

Sumber: http://news.sky.com/story/1660580/sony-announces-playstation-vr-release-date?

Tags
Show More

Related Articles