Gaya HidupKesihatan

Sakit Kawasan Dada/Jantung Boleh Juga Kerana Gastrik

Pernahkah anda rasa seperti bahagian jantung anda dicengkam ataupun rasa sakit dada?

Terdapat dua alasan dan kemungkinan perkara tersebut terjadi. Sama ada anda terkena serangan jantung ataupun ia adalah simptom gastrik.

Beberapa pesakit yang mengalami sakit dada dan dimasukkan ke wad kecemasan kerana dikhuwatiri terkena serangan jantung, sebenarnya mengalami ‘heartburn’ atau pedih pada ulu hati akibat gastrik.

Memang perbezaan simptom di antara kedua-dua perkara ini agak sukar untuk dipisahkan dan sering menyebabkan pesakit gastrik panik. Ini merupakan petanda yang dapat membantu anda.

Sakit dada akibat gastrik

1. Terasa seperti terbakar di kawasan bawah tulang dada atau tulang rusuk.

2. Sesak atau sakit pada ulu hati tidak menyebar ke bahu, leher, atau lengan. *tetapi boleh terjadi

3. Sakit di bawah tulang dada biasanya datang setelah makan, ketika baring, semasa bersenam, atau mengalami kecemasan.

4. Gejala gastrik ini reda setelah minum ubat gastrik (antasid).

5. Jarang berserta peluh sejuk.

Sakit dada yang mungkin akibat serangan jantung:

1. Sesak nafas.

2. Rasa sesak dan terdapat tekanan di tengah dada. Rasanya seperti dada diikat pinggang dengan sangat ketat di sekeliling dada.

3. Sakit di dada datang secara tiba-tiba atau bersama tekanan yang semakin lama semakin sakit.

4. Pening kepala.

5. Sakit terasa sehingga ke bahu, leher, rahang atau lengan.

6. Kesakitan akan reda setelah diberi ubat nitrogliserin.

7. Selalunya disertai peluh sejuk.

Sumber: webMD.com

Tags
Show More

Related Articles