Sukan

Kerabat Brunei sertai pendahulu Liga Perdana Inggeris

Pendahulu Liga Perdana Inggeris, Leicester City telah mengikat Faiq Jefri Bolkiah, anak saudara kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dengan kontrak tiga tahun.

Kini, pemain itu hanya berusia 17 tahun dan menjadi salah satu pemain tunjang buat pasukan bawah 18 tahun sejak tahun 2014. Dia juga pernah mewakili Arsenal dan pasukan divisyen dua, Reading sebelum ini.

“Saya berbesar hati untuk mengumumkan bahawa saya telah mengikat kontrak 3 tahun bersama Leicester City. Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan sahabat terdekat atas sokongan mereka,” kata Faiq menerusi laman sosial Instagram miliknya.

Faiq Jefri Bolkiah akan berpindah ke Stadium King Power dengan harapan mendapat peluang beraksi dalam kesebelasan utama dalam tempoh tiga tahun yang ditandatanganinya.

Difahamkan, pencari bakat Leicester telah pun memerhati Faiq buat jangka masa lama dan melihat dia mempunyai masa depan cerah dengan skuad utama The Foxes.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Baca Juga

Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker