Hiburan

Hip Hop Beri Inspirasi Kepada Yuna

Antara salah satu tugas yang paling menyukarkan buat seorang artis ialah menghasilkan produk baru supaya terus diingati dunia muzik. Apa yang pasti, album terbaru penyanyi tempatan, Yuna iaitu ‘Chapters’ tidak mengecewakan!

Kali ini, artis kelahiran Kedah itu cuba menggunakan elemen genre Hip-Hop sebagai insipirasi utama album tersebut.

Pada album tersebut, Yuna cuba mencerminkan dirinya dalam imej yang cukup berbeza. Setakat ini, Yuna mendedahkan dua lagu hebat iaitu ‘Places to Go’ dan juga ‘Crush’ bersama Usher. Siapa tidak kenal dengan Usher?!

Tidak mengejut tatkala Yuna pernah bekerjasama dengan komposer muzik terkenal, Pharell Williams. Begitu juga dengan penerbit veteran David Foster yang melancarkan karier artis-artis hebat seperti Christina Aguilera, Andrea Bocelli, Toni Braxton, Michael Bublé, Michael Jackson, Lionel Richie, Celine Dion, Kenny G, Josh Groban, Whitney Houston, Jennifer Lopez, Seal, Rod Stewart, Madonna, dan Westlife.

Apa yang pasti, usaha dan pengorbanan penyanyi 29 tahun ini tidak disia-siakan setelah menjadi antara artis pertama Malaysia yang benar-benar diminati peminat muzik seluruh dunia pada zaman yang lebih moden.

Album ‘Chapters’ dijangka akan dilancarkan pada tarikh 20 Mei nanti. Sama-sama kita nantikan album paling hangat dari artis tempatan tersayang.

Tags
Show More

Related Articles