Teknologi

Burung Merpati Ada Gajet Kesan Pencemaran Udara

Nampaknya burung merpati juga mampu memainkan peranan yang cukup penting dalam memastikan kesegaran udara dapat dikekalkan. Ini semua hasil daripada teknologi baharu khas buat burung merpati di London, England.

PigeonVest

Teknologi yang diasaskan syarikat Plume Labs dan DigitasLBi merupakan sebuah beg yang boleh disandang seekor burung. Beg tersebut dihiasi alat pengesan pencemaran yang membenarkan burung tersebut mengumpul data mengenai bahan-bahan yang dilepaskan ke udara.

Kemudian, data yang dikumpulkan akan dikongsikan kepada orang awam mahupun penganalisis udara di seluruh dunia.

Untuk pengetahuan anda, burung merpati itu merupakan seekor spesies yang luar biasa, dipanggil ‘racing pigeons’. Burung-burung ini juga mempunyai satu diet pemakanan khas supaya kesihatannya sentiasa dijaga.

“Alat pengesan itu akan bertindak supaya kami dapat memahami keadaan udara dengan lebih teliti sekali gus mengenal pasti kawasan yang dianggap paling aktif dan membahayakan,” kata Dr. Audrey de Nazelle dari Pusat Polisi Alam Sekitar di Imperial College, London.

Penduduk di London boleh mengetahui keadaan udara dengan hanya menghantarkan lokasi masing-masing ke akaun Twitter @pigeonair

Sumber: http://www.techtimes.com/articles/141319/20160315/pigeons-fitted-with-backpacks-monitor-air-pollution-in-london.htm

Tags
Show More

Related Articles