Antarabangsa

Pemandu Uber Mendakwa Dirinya Di Kawal Oleh Aplikasi Uber Untuk Membunuh Orang

Jason Brian Dalton (pemandu) menyifatkan dia bertindak bawah permintaan aplikasi telefon pintar itu yang ‘mengawal mindanya’.

Menurut Dalton, aplikasi itu mengeluarkan notifikasi yang diiringi simbol makhluk bertanduk yang mampu mengawal badan anda secara keseluruhan.

Dalton juga mendedahkan bahawa dia tidak mengingati insiden tersebut namun dia tahu keluarga mangsa-mangsa berhak dapat penjelasan yang lebih lanjut.

“Dalton berkata dia sudah memahami bagaimana tembakan besar-besaran boleh berlaku setelah badan dan mindanya diambil alih,” kata Detektif William Moorian dari Jabatan Keselamatan Awam Kalamazoo.

Dalton telah menembak lapan orang dan enam daripadanya mati. Penembakan itu terjadi dalam tiga lokasi yang berasingan dalam jangka masa empat jam.

Mangsanya termasuk seorang pelajar sekolah menengah dan seorang wanita berusia 74 tahun. Salah seorang mangsanya yang telah ditembak di kepala tetapi berjaya sedarkan diri dan dikeluarkan daripada hospital minggu lalu dan dipindahkan ke pusat pemulihan.

Sumber: http://www.smh.com.au/world/accused-kalamazoo-driver-who-killed-six-people-says-uber-app-controlled-him-20160315-gnj5yq.html

Tags
Show More

Related Articles