Hiburan

23 Filem Hantu Terinspirasi Daripada Kisah Benar

Orang Malaysia kebanyakan suka mencabar diri dengan menonton filem hantu dan seram. Tapi kalau filem MatSalleh ni orang Malaysia kata tak seram sangat. Tapi mungkin anda akan fikir dua kali jika anda tahu bahawa filem-filem ini adalah berdasarkan kisah benar. Bayangkan je benda ni semua berlaku dalam dunia realiti…. Apa sahaja filem yang berdasarkan cerita sebenar?

1. The Exorcist (1973)

The Exorcist adalah berdasarkan buku yang mengisahkan seorang kanak-kanak lelaki bernama Roland Doe yang telah dirasuk oleh Iblis pada tahun 1949. Rasukan tersebut sangat mengerikan sehingga banyak buku telah tertulis oleh para saksi menceritakan keadaan kejadian.

Sumber: wordpress

2. The Texas Chainsaw Massacre (1974)

Filem ini adalah berdasarkan pembunuh bersiri Amerika, Ed Gein yang telah membunuh dan menghasilkan topeng yang diperbuat daripada 9 kulit manusia.

Sumber: almrsal

3. A Nightmare On Elm Street (2010)

Filem pembunuhan seram ini terinspirasi daripada kematian pelarian Laos yang telah mati akibat mimpi ngeri. Apa yang pelik ialah laporan perubatan mengatakan tidak ada sebarang masalah fizikal yang boleh mengakibatkan kematian mereka.

Sumber: strangekidsclub

4. Child’s Play (1988)

Skrip filem ini adalah berdasarkan seorang jururawat yang telah mengamalkan voodoo dan telah menyumpah seorang penulis Robert Eugene Otto dan memberi nyawa kepada sebuah patung yang akan berubah menjadi jahat pada malam hari.

Sumber: mildlypleased

5. The Amityville Horror (2005)

Filem ini adalah berdasarkan kejadian yang berlaku dalam sebuah rumah baru yang didiami oleh sebuah keluarga bernama Lutz di Amityville pada tahun 1975. Kejadian yang berlaku di rumah bernombor 112, Ocean Avenue telah menjadi tempat kajian ahli paranormal dunia.

Sumber: craveonline

6. Psycho (1960)

Filem ini terinspirasi daripada pembunuhan Ed Gein’s di Wisconsin, Amerika Syarikat.

Sumber: wordpress

7. The Girl Next Door (2007)

Filem ini berdasarkan kejadian jenayah yang sangat seram dan dasyat di Indiana, Amerika Syarikat. Sylvia Likens telah disiksa dan akhirnya dibunuh oleh Gertrude Baniszewski pada tahun 1965.

Sumber: Youtube

8. The Conjuring (2013)

Sepasang suami isteri, Ed dan Lorraine Warren adalah pasangan penyiasat paranormal dan menurut mereka ini merupakan salah satu kes paling sukar untuk diselesaikan oleh mereka.

Sumber: pinimg

9. Deranged (1974)

Filem pada tahun 1974 adalah filem mengerikan yang mengisahkan cerita yang mendalam terhadap seseorang sehingga sanggup meyimpan badan mereka. Ianya juga terinspirasi daripada pembunuh bersiri, Ed Gein.

Sumber: diaboliquemagazine

10. Ravenous (1999)

Kanabalism memang wujud dan diceritakan di dalam filem ini. Hmm..

Sumber: Metrotimes

 

11. The Haunting In Connecticut (2009)

Walaupun plot cerita ini bukan baru, tetapi menyaksikan pengalaman yang berlaku kepada pasangan Al dan Carmen Snedeker yang mendapati mereka telah membeli rumah baru yang ditinggal oleh hantu kerana sebenarnya ia dibina di atas kubur orang mungkin akan buat anda berfikir banyak kali tentang rumah baru yang anda tinggal sekarang bukan?

Sumber: wordpress

12. Borderland (2007)

Berdasarkan kisah benar yang diceritakan oleh seorang pemimpin kumpulan ajaran sesat,  Adolfo de Jesús Constanzo. Filem ini menceritakan dengan terperinci apa yang mereka lakukan di dalam ajaran tersebut. Sangat mengerikan kerana mereka memotong anggota-anggota badan!

Sumber: wordpress

13. The Strangers (2008)

Filem ini mengisahkan tentang orang gila dan pembunuhan. Direktor filem ini terinspirasi daripada pembunuh bersiri Charles Mansion yang telah membunuh di kawasan perumahan berdekatannya.

Sumber: Hdmoviespoint

14. The Entity (1982)

Pada tahun 1974, penyiasat paranormal Kerry Gaynor dan Barry Taff bekerja di tempat yang mereka sering lihat objek berpindah-randah. Filem ini adalah berdasarkan kejadian hantu ini mendera secara seksual mangsanya.

Sumber: entitythemovie

15. The Exorcism Of Emily Rose (2005)

Filem berdasarkan kisah Anneliese Michel yang dirasuk oleh kuasa Iblis yang kuat sehingga memakan masa setahun untuk dia berubat.

Sumber: tumblr

16. The Possession (2012)

Filem berdasarkan kisah kotak dybukk yang berhantu. Sesiapa yang memiliki kotak tersebut akan berdepan dengan perkara paranormal dan ianya dijual di Ebay. Beli barang second-hand online? Betul ke selamat??

Sumber: tlchai

17. Deliver Us From Evil (2014)

Berdasarkan buku Beware The Night yang menceritakan kejadian yang benar-benar berlaku.

Sumber: youtube

18. Eaten Alive (1980)

Mahu saksikan buaya mengganas? Ianya berdasarkan kisah Joe Ball, seorang lelaki yang membunuh seramai 20 wanita dan mempunyai obsesi melihat buaya memakan daging-daging wanita yang dia bunuh. Ianya mengerikan kerana ia benar-benar berlaku!

Sumber: horrornews

19. Fire In The Sky (1993)

Pernah tak anda terfikir tentang kejadian makhluk asing atau ‘alien’ ini benar-benar wujud dan pernah mengunjungi bumi? Seorang jejaka bernama  Travis Walton telah mendakwa dia pernah diculik oleh alien pada tahun 1975 dan filem ini mengisahkan pengalamannya. Apa yang berlaku semasa dia telah diculik bersama beberapa manusia lain dan disimpan di dalam sebuah kepompong.

Sumber: Blogspot

20. Curse Of The Zodiac (2007)

Berdasarkan seroang pembunuh bersiri yang dipanggil “Zodiac”, filem horror ini mempunyai banyak mesej tersirat dan kod untuk diunggah.

Sumber: joblo

21. Silent House (2011)

Filem Amerika ini berdasarkan kisah di Uruguay dan dirakamkan berdasarkan waktu sebenar.

Sumber: filmblather

22. The Dentist (1966)

Siapa sangka doktor gigi boleh jadi seorang pembunuh bersiri. Inilah kisahnya..

Sumber: filmhorror

23. Wolf Creek (2005)

Berdasarkan dua lelaki bernama Ivan Milat dan Bradley John Murdoch. Ia mempunyai nasihat yang selalu disampaikan oleh ibu kita masa kecik-kecik – Jangan bercakap dengan orang yang kita tidak kenal.

Sumber: wp

Sumber: http://www.scoopwhoop.com/inothernews/horror-movies-based-on-true-stories/

Tags
Show More

Related Articles