Gaya HidupKesihatan

Susah nak fokus? Mungkin kerana anda sangat pandai!

Sebuah kajian oleh Steelcase telah mendapati orang-orang yang mempunyai akal cerdas seringkali mempunyai idea yang “berlari-lari” dalam otak pada satu jangka masa.

Ini menyebabkan mereka sukar untuk fokus.

Steelcase telah membuat kajian terhadap 10.000 pekerja di 17 negara untuk mengkaji tingkah laku semasa  bekerja.

Mereka telah mendapati orang yang mempunyai IQ tinggi lebih senang hilang fokus dan mengalami gangguan daya tumpuan.

Menurut kajian itu lagi, para responden tersebut mengaku mempunyai pelbagai idea dan fikiran yang muncul di fikiran mereka sehingga sukar untuk menumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara.

“Kebanyakan syarikat selalu mencari orang bijak untuk menjadi pekerja mereka. Namun, sejumlah tugasan yang diberi telah membuat pekerja bijak ini susah untuk fokus,” kata Bostjan Ljubic, Naib Presiden Steelcase.

“Keadaan dan kurangnya kadar daya tumpuan pada pekerja telah menjadi sumber stres dan tekanan pada pekerja bijak dengan IQ tinggi ini.” tambah Ljubic.

Sumber: kompas.com

Tags
Show More

Related Articles