Hiburan

Sekolah Seni Pertama Di Sabah

Sekolah Seni Malaysia Sabah merupakan sekolah menengah pertama dilancarkan di Sandakan setelah menerima kehadiran 50 pelajar Tingkatan 1 pertama minggu lepas.

Secara keseluruhan, sekolah itu adalah sekolah seni kelima dalam Malaysia. Empat lagi sekolah terletak di Kuala Lumpur, Johor, Perak dan Sarawak.

Menurut laporan, para pelajar akan dibahagikan kepada empat kelas iaitu muzik, seni visual, teater, and seni lukisan.

Pengarah Kementerian Pendidikan Ko-kurikulum dan Kesenian, Rozaimun Ahmad berpendapat pelancaran sebuah sekolah seni pasti akan mendapat sambutan baik daripada penduduk Sabah.

“Cinta terhadap seni sangat kuat di kalangan penduduk Sabah dan saya yakin pelancaran sekolah ini akan membuka minda sekali gus menawarkan peluang emas kepada pelajar yang berminat,” kata Rozaimun.

Rozainum turut mendedahkan bahawa 85.4% pelajar Sekolah Seni Malaysia memanfaatkan peluang menyambung belajar di universiti seni asing.’

Sumber: http://www.theborneopost.com/2016/03/12/first-art-school-in-sabah-launched/

Tags
Show More

Related Articles