AntarabangsaIsu Semasa

34 Terbunuh Dalam Pengeboman Berani Mati di Ankara

Dalam masa kurang daripada sebulan, setelah pengeboman kereta di Ankara telah membunuh orang ramai dan anggota tentara di bandar, pengebom telah melakukan serangan kali kedua.

Menurut Mehmet Muezzinoglu, menteri kesihatan Turki berkata seramai 30 mangsa telah terbunuh ditempat kejadian manakala satu atau dua merupakan pengebom berani mati tersebut.

125 mangsa sedang dirawat di hospital dengan 19 daripada mereka mengalami luka parah.

Presiden Recep Tayyip Erdogan berjanji akan mematahkan serangan teroris yang telah mengancam keselamatan Turki sejak 18 bulan yang lalu.

“Serangan ini telah mengancam integriti negara malahan juga kesejahteraan dan solidariti kebangsaan, jangan melemahkan  tekad kami dalam memerangi keganasan tetapi kukuhkan keazaman ini,” kata Erdogan.

Kejadian tersebut berlaku dalam keadaan yang sangat mengerikan. “Letupan tersebut ialah angkara pembawa bom berani mati. Kenderaan awam musnah dan ramai telah cedera serta kereta terbakar.

Terdapat juga laporan dari Reuters bahawa kedengaran beberapa das tembakan dilepaskan setelah letupan tersebut berlaku di daerah Kizilay tetapi perkara tersebut belum disahkan.

Pihak polis Turki takut berlakunya letupan sekali lagi oleh itu mereka mengepung kawasan tersebut manakala siaran langsung ditempat kejadian juga telah diharamkan. Mahkamah Ankara juga telah mengharamkan sebaran gambar pengobaman yang tersebar di Twiiter serta Facebook.

Masih belum ada pihak yang bertanggungjawab di atas serangan tersebut.

5304.jpg
Sumber Gambar: AFP

Kurang daripada sebulan yang lalu, kereta yang dipasang bom telah menyebabkan 29 orang mati dan 60 orang cedera. Kumpulan militan Kurdistan Freedom Hawks (TAK) telah bertanggungjawab ke atas serangan tersebut dan berkata serangan tersebut adalah akibat daripada operasi keselamatan yang berlaku di tenggara Kurdish dan serangan akan terus berlaku.

“Bermula dari sekarang,  AKP [parti memerintah] dan sekutunya tidak berpeluang menjalankan pemerintahan diktator fasis secara senang-lenang kerana kami tidak akan bertanggungjawab ke atas keselamatan kapal terbang antarabangsa yang melalui ruang udara Turki mahupun pelancong asing.” kata kumpulan tersebut pada bulan lalu.

Kenyataan ini telah bercanggah dengan tuduhan kerajaan Turki terhadap ‘People’s Protection Units’ (YPG), sebuah puak militan Kurdish yang disokong oleh Amerika dalam usaha memerangi IS di Syria.

Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam insiden serangan bom kereta yang berlaku di Ankara, Turki.

Sumber: theguardian.com & astroawani.com

Tags
Show More

Related Articles