FesyenGaya Hidup

Tips Beli Seluar Denim Untuk Lelaki

Mungkin salah satu pakaian yang harus dimiliki setiap lelaki memiliki ialah seluar ‘Jeans’.

Boleh dipakai secara ‘casual’, ‘smart casual’ dan kalau anda kreatif dalam mengaturkan gaya anda, secara ‘formal’ pun boleh!

Penulis ingin sajikan 5 tips untuk anda mengenai gaya seluar denim:

1. Jangan takut eksperimen gaya baru

Color Jeans

Seluar denim adalah satu elemen yang haruslah diambil kesempatan kerana terdapat pelbagai jenis dari segi warna, potongan dan kain yang digunakan.

Semestinya seluar denim biru gelap dan hitam adalah wajib. Seterusnya, anda boleh cuba warna kelabu muda atau tua. Akhir sekali, trend zaman ini juga bereksperimen dengan warna seperti merah ataupun hijau.

Tip: Elak daripada tona warna yang terlalu terang! Lelaki perlulah nampak berani tetapi simplistik.

2. Ketahui jenis kain yang digunakan

MadeinJapan

Anda haruslah mengenal pasti kain yang digunakan dan dari mana seluar tersebut dijahit. Tidak semestinya anda perlu menghabiskan beratus-ratus ringgit untuk mendapatkan jenama eksklusif.

Apa yang pasti, tanda ‘Made in US’ atau ‘Made in Japan’ adalah pilihan yang terbaik.

Tip: Uniqlo, Topman dan Levis menawarkan pilihan yang berkualiti. Selain itu, kunjungan ke Mitsui Park atau Johor Premium Outlet pasti tidak mengecewakan anda!

3. Cari tukang jahit yang bagus

Tidak perlu mencari hari ini tetapi anda boleh mula mencari tukang jahit untuk masa depan. Apa lebih baik daripada memilih kain sendiri dan meminta tukang jahit membuat seluar anda mengikut bentuk badan?

Kadangkala, lebih jimat dan memuaskan jika anda terlibat dalam proses tersebut. Lebih lagi, sekiranya anda ingin buat pengubahsuaian, anda tidak perlu risau jika sudah berpuas hati dengan mut kerjanya.

4. Jaga seluar denim lama seperti seluar denim baru

OldJEans

Antara ciri-ciri terbaik tentang seluar denim ialah betapa lamanya sehelai seluar boleh tahan. Bagi sesetengah orang, seluar denim yang lama lebih diidamkan kerana kainnya lembut dan kelihatan ‘seasoned’.

Trivia: Seluar denim diciptakan buat pekerja pelombong arang yang memerlukan pakaian yang tahan lasak serta kocek yagn tidak senang koyak. Itu sebabnya seluar denim mempunyai butang tembaga pada jahitannya.

5. Ketahui saiz anda!

MeasureJeans

Anda perlulah ketahui saiz anda kerana seluar denim haruslah satu pakain yang selesa dipakai untuk masa yang lama.

Setelah mengenal pasti saiz anda, barulah anda pergi mencari potongan yang diiinginkan sama ada ‘Straight-cut’, ‘Slim-cut’, ‘Skinny’ atau ‘Boot-Cut’.

Tip: Pilihan ‘Straight-cut’ dan ‘Slim-cut’ tidak akan mengecewakan anda. Selain itu, anda digalakkan memilih satu saiz ke bawah kerana seluar denim akan mengembang selepas dipakai kira-kira 20 kali.

Sumber: http://www.whowhatwear.com/buying-the-perfect-pair-of-mens-jeans-tips-what-guys-need-to-know-denim-spring-fashion-2014/slide7

Tags
Show More

Related Articles