Sukan

Sukan Pelayaran Dapat Dua Tiket Ke Rio

Dua pelayar negara, Khairulnizam Mohd Affendy dan Nur Shazrin Mohd Latif cemerlang di Kejohanan Kapal Layar Asia A-SAF, Abu Dhabi sekali gus menempah dua tiket buat Malaysia ke Rio nanti.

Khairulnizam mempamerkan aksi yang hampir sempurna untuk kekal selaku pendahulu keseluruhan acara laser standard lelaki sejak awal.

Dia mengatasi wakil Thailand yang juga juara dunia 2009 serta pemenang pingat emas Sukan Asia 2010, Keerati Bualong.

Apa yang pasti, sikap enggan putus asa serta keinginan tinggi pelayar berusia 23 tahun itu menjadi pemangkin kepada kejayaan Khairulnizam terutama selepas gagal meraih kelayakan dua kali sebelum ini.

“Perasaan untuk layak memang gembira sebab dah dua kali berturut-turut saya gagal. Jadi hari ini saya memang bersyukur sangatlah.

“Saya menunggu sampai hari ini dengan bekerja keras. Jadi hari ini berbaloi dapat layak ke Sukan Olimpik,” katanya.

Nur Shazrin yang pula berjaya meraih satu lagi tiket menjadi untuk kontinjen negara tatkala kekal di tangga kedua acara laser radial wanita di belakang Kamolwan Chanyim dari Thailand.

Tags
Show More

Related Articles