Hiburan

Kostum Baharu Spiderman Tampak Klasik

Terkejut, tergamam ketika melihat wira labah-labah, ‘Spiderman’ buat penampilan pertamanya dalam treler terbaru Captain America: Civil War!

Filem terbaru Captain America tersebut semakin menjadi tajuk utama dalam dunia komik kerana bakal menggandingkan kesemua wira pasukan The Avengers serta beberapa lagi watak-watak penting dalam francais Marvel.

Antaranya, Ant-Man (pengasas The Avengers mengikut komik), Spiderman dan Black Panther (wira berpakaian hitam dalam treler terbaru).

Bagaimananapun, fokus harus terarah kostum baru Spiderman yang kelihatan lebih klasik dan original. Secara ringkasnya, ia memberi penghormatan kepada kostum pertama yang pernah dipakai Peter Parker.

ClassicSpiderman

Lihat bahagian kelopak mata di mana warna hitam lebih menonjol berbanding warna putih. Corak sarang lelabah pada badannya juga sedikit pudar berbanding kostum dalam dua versi tebelum ini (hanya kostum pertama tidak menggunakan corak tersebut).

Apa yang pasti, watak terkenal itu akan memberi tekanan kepada pelakon muda, Tom Holland. Persoalannya, apakah Holland mampu menggalas tanggungjawab sebagai The Web Slinger?

“With Great Power, Comes Great Responsibility”

Tags
Show More

Related Articles