Antarabangsa

Dog Whisperer Disiasat Kekejaman Haiwan

Ironinya, hos perancangan ‘Dog Whisperer iaitu Cesar Millan kini disiasat oleh Kawalan Haiwan Los Angeles County gara-gara kekejaman terhadap haiwan ketika pembikinan sebuah episod rancangan National Geographic ‘Cesar 911’

Menurut laporan media asing, Millan didapati bersalah ketika seekor anjing yang dimilikinya menyerang seekor babi dalam kandangnya. Lebih lagi, Millan cuba membantu kedua-dua haiwan itu hidup bersama-sama dengan mengikat tali yang sama pada haiwan tersebut.

Pihak penyiasat mahu kesemua kru produksi melaporkan diri untuk memberi penerangan masing-masing.

Bagaimanapun, episod tersebut menyiarkan kedua-dua haiwan berjalan sama-sama manakala serangan anjing tersebut tidak disiarkan.

“Kami tahu apa yang kami lihat, jika anda tonton episod itu sepenuhnya seperti kami, anda juga akan tahu.

“Tidak dinafikan, seekeor anjing yang dimiliki Cesar Millan menyerang seekor babi,” kata Aaron Reyes, selaku Timbalan Pengarah Kawalan Haiwan Los Angeles County.

Sumber: http://www.latimes.com/local/lanow/la-me-ln-dog-whisperer-cesar-millan-animal-cruelty-20160311-story.html

Tags
Show More

Related Articles