Hiburan

Bintang Star Wars Bakal Jadi Tomb Raider?

Pelakon utama Star Wars: The Force Awakens, Daisy Ridley disebut-sebut akan menggalas tanggungjawab sebagai watak Lara Croft, seorang pengembara dari francais permainan video iaitu Tomb Raider.

Daisy, 23, memainkan watak Rey dalam episod terbaru Star Wars pada penghujung tahun 2015. Pelakon Inggeris itu juga dalam proses pembikinan Star Wars Episod VIII dan Episod IX.

TombRaiderJolie

Studio Warner Bros dan Metro Goldwyn Mayer (MGM) mahu menghidupkan semula francais Tomb Raider yang aktif semula mengeluarkan permainan video baru untuk XBOX One. Filem Tomb Raider terakhir menyaksikan Angelina Jolie memegang watak Lara Croft pada tahun 2003.

“Kami telah pun memulakan perbincangan namun masih belum ada kata putus setakat ini. Masih awal lagi.

“Watak Lara Croft adalah peluang terbaik bagi seorang pelakon wanita muda,” menurut kenyataan majalah luar negara, Deadline.

Laporan itu turut mendedahkan bahawa pelan untuk menghasilkan filem Tomb Raider baharu sudah lama dirancangkan namun filem itu menjadi keutamaan sejak pelancaran permainan video terbaru Rise Of The Tomb Raider.

Sumber: http://www.ibtimes.co.uk

Tags
Show More

Related Articles