Gaya Hidup

Bagaimana Nak Bantu Mangsa Sumbang Mahram?

image

Pada artikel kami yang baru-baru ini, telah pun membincangkan tentang fakta dan mitos tentang sumbang mahram. Kali ini, kami akan berikan beberapa jalan penyelesaian buat isu ini.

1. Siasat Dengan Lebih Lanjut

Sekiranya anak anda, atau sesiapa sahaja ahli keluarga anda mengadu tentang hal ini, jangan sesekali mengambilnya sebagai sesuatu yang remeh. Sebaiknya siasat dengan lebih lanjut.

shutterstock-psychtherapy

2. Dapatkan bantuan dengan segera. 

Jika anda menerima aduan daripada anak atau ahli keluarga lain yang mereka telah dirogol oleh bapa mereka, jangan cepat melenting. Sebaliknya buat pertimbangan yang sebaik-baiknya.

3. Mengambil Langkah Yang Terbaik

Sekiranya anda mengesyaki perkara ini mungkin sedang berlaku, buatlah laporan atau aduan kepada polis, hospital, atau mana-mana pusat kebajikan yang berdekatan

image

4. Asingkan Mereka

Anda perlu mengasingkan anak anda dengan pesalah yang disyaki. Minta bantuan dengan mana-mana ahli keluarga yang anda boleh percayai untuk membantu anda dalam hal ini.

5. Berikan Kata-Kata Semangat Kepada Mangsa

Jangan sesekali memberi tekanan yang baru pada anak anda. Sebaliknya, sokong mereka dengan ayat-ayat seperti “ini bukan salah anda”, “anda amat berani kerana telah memberitahu kami hal ini”, “kami ada bersama-sama kamu” , dan “anda sudah selamat sekarang”.

Kesimpulannya, bantu lah mereka sebaik mana yang anda mampu. Ini kerana mereka juga manusia biasa seperti kita, dan mereka memerlukan orang yang boleh membimbing mereka dalam kesusahan.

 

 

Sumber: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0512&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm#ixzz42kaVO4ow 

Tags
Show More

Related Articles