Sukan

Alia Sanggup Taja Diri Sendiri

Biarpun terlepas kelayakkan slot Sukan Olimpik, Rio 2016, Alia Sazana Azahari sanggup menanggung segala kos perbelanjaan sendiri untuk menyertai Kejohanan Menembak Piala Dunia di Brazil, bulan depan.

Tekad memperbaiki prestasinya bagi acara 25 meter pistol wanita, Alia enggan membazirkan masanya lagi dan mahu fokus ke arah hadapan.

“Bagi saya ini bukan masalah dan jika saya melakukannya untuk perkara yang saya cintai, wang bukanlah isu.

“Saya sanggup mengeluarkan belanja sendiri untuk sesuatu yang saya minat,” katanya kepada pemberita Astro Arena.

Misi utama buat Alia semestinya ingin mengekalkan pingat emas di Sukan SEA 2017 tahun hadapan selepas berjaya meraih pingat emas pertama di Singapura tahun lalu sebelum bersedia untuk melayakkan diri ke Olimpik 2020.

Tags
Show More

Related Articles