Gaya HidupKecantikanKesihatan

7 Kebaikan Vaseline Yang Anda Perlu Cuba!

Selama ini anda mungkin sudah lama memiliki sebotol Vaseline di rumah anda bukan? Tetapi ia tidak pernah habis kerana anda tidak begitu pasti untuk kegunaan apa lagi Vaseline ini selain daripada untuk tujuan melembap. Di sini kami sertakan beberapa kegunaan lain yang menarik Vaseline ini tawarkan!

image

1. Scrub Bibir

Kadang kala, dengan hanya menyapu pelembap bibir pada bibir anda yang kering tidak mencukupi, scrub bibir vesaline bertindak sebagai pengelupas bibir yang lebih lembut buat bibir anda. Malah ia boleh menyaingi produk-produk berjenama di luar sana!

Apa yang anda perlu lakukan adalah campurkan Vaseline dengan gula, gaul rata dan sapukan ke bibir. Urut dengan lembut buat seketika, dan kemudian lap bibir anda.

image

2. Memulihkan Kaki Yang Merekah

Vaseline adalah salah satu daripada rawatan yang terbaik untuk menyembuhkan kaki yang merekah dan membuat kaki anda lebih lembut. Emolien ini memberi manfaat kepada kaki anda, dan ia juga menolong menjadikan seluruh badan anda licin dan lembut.

Gosok satu lapisan Vaseline pada kaki anda pada waktu malam. Pakai sepasang sarung kaki yang bersih dan pergi tidur.

image

3. Penjagaan Kutikula

Vaseline merupakan ubat yang berkesan untuk melindungi dan membaiki kutikula yang kering. Ia juga disyorkan untuk mendapatkan tangan yang lembut.

Dengan mengurut Vaseline ke kuku sebelum tidur, dan kemudian memakai sepasang sarung tangan, anda akan bangun dengan tangan yang lembut dan kuku yang lebih berkilat pada keesokan paginya.

image

4. Melembutkan Siku Yang Kering

Sebelum tidur, sapukan sedikit Vaseline pada permukaan siku anda.

image

5. Mengurangkan Kesakitan Di Cuping Telinga

Jika anda tidak memakai anting-anting dengan kerap, memasukkannya di telinga anda akan menyebabkan kesakitan. Untuk memudahkan keadaan, sapu cuping telinga anda dengan sedikit Vaseline, dan kemudian cuba memasukkan anting-anting itu. Ia adalah kaedah bebas kesakitan yang terbaik.

image

6. Membuat Bau Perfume Tahan Dengan Lebih Lama

Sebelum menyembur minyak wangi, sapu sedikit Vaseline pada leher dan pergelangan tangan anda. Anda akan berbau wangi sepanjang hari.

image
7. Alat Pembersih Makeup Mata

Hanya beberapa sapuan Vaseline boleh membuang solekan di mata anda dalam masa beberapa saat. Pastikan anda membilasnya dengan segera untuk mengelakkan sebarang kerengsaan.

Jadi, mengapa anda mahu membeli beberapa produk yang lain apabila Vaseline boleh menawarkan begitu banyak faedah lain? Kami harap anda dapat mencuba kebaikan Vaseline yang telah kami paparkan ini!

Sumber:http://www.stylecraze.com/articles/different-uses-of-vaseline-you-should-try-out/?ref=sa22

Tags
Show More

Related Articles