Sukan

V Shem-Wee Kiong Catat Kemenangan Epik

Pertemuan epik antara dua beregu utama negara menyaksikan keputusan berpihak Goh V Shem-Tan Wee Kiong menerusi kemenangan straight sets 21-19 22-20 ke atas Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dalam saingan suku akhir Kejohanan Seluruh England.

Pertemuan awal pagi tadi ibarat penentuan siapa beregu terbaik Malaysia sekali gus memperkuatkan peluang masing-masing untuk mengesahkan slot di Sukan Olimpik, Rio pada bulan Ogos.

V Shem-Wee Kiong akan membuat perhitungan dengan beregu pilihan keenam iaitu Hiroyuki Endo-Kenichi Hayakawa dari Jepun. Gandingan Jepun itu turut melakar kejutan tersendiri ketika menewaskan beregu pilihan ketiga dari China, Fu Haifeng-Chnzhang Nan 21-1921-12.

Sekiranya wakil Malaysia itu berjaya ke final tahun ini, salah satu antara gandingan Rusia, Vladimir Ivanov-Ivan Sozonov atau lebih realistik, beregu pilihan No.1, Lee Yong Dae-Yoo Yeon Seong dari Korea Selatan.

Saingan separuh akhir Kejohanan Seluruh England akan bermula pada jam 8 malam ini.

Tags
Show More

Related Articles