Sukan

Najib Ucap Tahniah Kepada Pandalela-Mun Yee kerana Memperoleh Pingat Gangsa Di Beijing

NKUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada penyelam negara, Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee kerana memenangi pingat gangsa dalam acara 10m platform seirama wanita di pusingan pembukaan Diving World Series di Beijing hari ini.

“Tahniah kepada Pandelela Rinong_Official dan Leong Mun Yee kerana memenangi pingat gangsa dalam Beijing Diving World Series! Teruskan usaha dan buat kami bangga di #Rio2016,” tulisnya di dalam akaun facebook beliau, Najib Razak di sini.

Pandelela, yang berpasangan dengan Mun Yee buat kali pertama sejak Kejohanan Akuatik Dunia Julai lalu di Kazan, Russia, berjaya menewaskan juara-juara Sukan Komanwel Glasgow, Meaghan Benfeito-Roseline Filion ke podium di bahagian enam final. – BERNAMA

 

 

Sumber:http://www.theborneopost.com/2016/03/12/najib-congratulates-pandelela-mun-yee-for-bagging-bronze-medal-in-beijing/#ixzz42fid7IJD

Show More

Related Articles

Check Also

Close